eapui
Active+ Member
- Messages
- 4,827
- Joined
- Dec 28, 2007
- Messages
- 4,827
- Reaction score
- 7
- Points
- 25
KUALA TERENGGANU: Akibat terpedaya dengan pelbagai hadiah lumayan dijanjikan seorang lelaki dikenali melalui Internet, termasuk sebuah beg berjenama Gucci dan wang tunai 50,000 pound (RM300,000), seorang doktor wanita dari Jertih dekat sini kerugian lebih RM18,000 akibat ditipu.
Sebelum kejadian, mangsa berusia 29 tahun dikatakan berkenalan dengan lelaki berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai Lutzkoener berusia 32 tahun, seorang juruterbang yang mendakwa berada di London melalui laman web pada penghujung Ogos lalu.
Pada 11 September lalu, lelaki itu memberitahu kononnya mahu menghadiahkan sebuah beg berjenama Gucci dan wang tunai 50,000 pound.
Tiga hari kemudian, doktor berkenaan menerima panggilan telefon dari sebuah syarikat penghantaran cepat memaklumkan barangan dikirim lelaki terbabit sudah tiba di Malaysia tetapi meminta mangsa membuat bayaran RM4,700 kerana menghadapi masalah membawa keluar barangan itu.
Dia yang tidak menyedari diperdayakan kemudian ke sebuah bank di Jertih dan memasukkan wang seperti diminta ke dalam akaun diberikan.
Bagaimanapun, selang dua hari kemudian iaitu pada 16 September lalu, doktor itu sekali lagi menerima panggilan syarikat penghantaran cepat sama memberitahu barangan itu masih menghadapi masalah dibawa keluar dan tersekat di sebuah pejabat diplomat dan meminta mangsa mendepositkan RM14,000 lagi.
Esoknya, kira-kira jam 2.30 petang, mangsa sekali lagi pergi ke sebuah bank di Jertih dan memasukkan wang RM2,000 ke dalam akaun.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Superintendan Ab Rahim Ab Razak, berkata sehari selepas itu pada 18 September jam 2.30 petang, mangsa ke sebuah bank di Wakaf Ciku, Kelantan, dan memasukkan baki RM12,000 seperti diminta sebelum menghubungi syarikat berkenaan memaklumkan wang diminta sudah didepositkan.
Bagaimanapun, beliau berkata, selepas mendepositkan semua wang diminta, syarikat penghantaran cepat itu masih membuat helah apabila mendakwa barangan berkenaan tetap tidak boleh dibawa keluar.
Menurutnya, wanita itu hanya menyedari menjadi mangsa penipuan terancang itu selepas terbaca berita disiarkan Harian Metro bertajuk, ‘Tipu jaja barang tak wujud’ pada 30 September lalu sebelum membuat aduan di Balai Polis Jertih, jam 2.10 petang pada hari sama.
“Secara keseluruhan, mangsa kerugian berjumlah RM18,700,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Ab Rahim berkata, selain doktor wanita itu dua lagi mangsa, masing-masing seorang lelaki bekerja sendiri dan suri rumah turut membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa.
doktor pon kena