BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doktor Lima (5) Bulan, Luar Negara

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
26.04.2018 - Seorang remaja berusia 19 tahun berjaya menyamar di sebagai doktor di sebuah hospital terkemuka di India selama lima bulan dengan bergaul dengan doktor sebenar dan berlegar-legar dengan memakai penutup muka dan stetoskop.

Walaupun tidak pernah mengambil jurusan perubatan, Adnan Khurram berjaya menyamar sebagai doktor pelatih di Institut Sains Perubatan Seluruh India (AIIMS) dan menipu kakitangan di hospital itu.

Dia juga menyamar sebagai ‘Dr Adnan Khurram’ di Instagram dan turut terbabit dalam politik di AIIMS serta mengambil bahagian dalam beberapa program yang dianjurkan di hospital berkenaan.

Malah, dia juga dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp untuk doktor di hospital berkenaan.

“Dia akan berlegar-legar dengan memakai kot makmal dan stetoskop sepanjang masa. Dia juga memberitahu doktor lain bahawa dia adalah doktor pelatih atau pelajar perubatan,” kata presiden persatuan doktor AIIMS, Harjit Singh kepada Hindustan Times.

Pada mulanya semuanya berjalan lancar buat Khurram, tetapi lama kelamaan doktor lain mula curiga kerana melihat lelaki itu mempunyai terlalu banyak masa untuk berada di kafe dan sering menyertai program dianjurkan hospital serta institusi lain.

Kebanyakan doktor bertugas dalam syif hingga 20 jam dan sering kekurangan tidur serta rehat, namun, Khurram sentiasa lapang.

“Kami hairan melihat dia menghadiri setiap program yang dianjurkan AIIMS dan institusi perubatan lain. Dia juga sering melepak di kedai kopi atau asrama doktor setiap petang.

“Kami mula tertanya bagaimana dia mempunyai terlalu banyak masa,” ujarnya.

Selepas diselidik, pihak hospital mendapati Khurram tiada dalam senarai doktor dan dia ditangkap polis pada minggu lalu selepas menyertai acara maraton yang dianjurkan AIIMS.

Ketika disoal siasat, Khurram berkata, dia menyamar kerana suka bergaul dengan doktor dan berharap dapat menjadi doktor sebenar satu hari nanti.

Menurut polis, lelaki itu didakwa atas tuduhan menyamar dan menipu.

aiims_1523942100_800x420.jpg


image.jpg


_fb000d22-41e0-11e8-a5d3-1ef93e3dfeed.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/global/2018/04/334206/remaja-menyamar-doktor-lima-bulan
 
pesepa la merapu lagunie

baik pi keja betui dapat juga duit buat biz ka

nie menyamar apa dapat

saja nak pi periksa pompuan la itu yang betul leh pegang real

Kalau kata dr

pompuan ok ja mai periksa sat

londeh dia leh pegang rasa
 
Hebat gak 5 bulan tu, da macam dalam film "Catch Me if you can".. umur pun lebih kurang sama
 
haha org dok prasan dia dok lepak kat cafe relek je mcm xde keje..keje doc ni mana leh tenang2 sgt..terkejar sana sini..

dah mcm cite leonardo decaprio mnyamar2
 
saya pernah tengok astro

lupa channel apa

ada kes camnie menyamar sebagai dr

dia menyamar jadi dr sakit puan

masa kene cekup

dia kata puas seronok sangat

dapat tengok pompuan bogel tengok pompuan kencing

dia periksa alat sulit wanita dan payudara

dia gtau masuk jail pun dia gembira

sebab dia dah puas tengok semua
 
Kat malaysia pun pernah jadi macam ni.

Tapi budak fakulti perubatan dah fail.

Dia munkin tak boleh terima kenyataan dah fail, dia terus menyamar jadi DR.

Tapi lupa pulak Hospital mana , U mana...munkin UM atau UKM.
 
Back
Top
Log in Register