BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doktor jumpa Spongebob dalam perut budak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


JEDDAH - ARAB SAUDI. Seorang doktor di Hospital Universiti di Jeddah, terkejut apabila menemui ‘makhluk akuatik’ berada dalam perut seorang kanak-kanak.

Bagaimanapun, setelah diamati menerusi imbasan X-Ray, ‘makhluk akuatik’ yang berada dalam perut kanak-kanak terbabit sebenarnya sekeping pin berukiran kartun animasi ‘Spongebob Squarepants’.

Doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan, Dr Ghofran Ageely Raja Abdulaziz berkata, pin tersebut sebenarnya loket yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.

“Menerusi imbasan X-Ray, apa yang boleh kita lihat adalah sekeping loket kecil yang agak nipis, ia kelihatan seperti pin. Saya hampir menjerit apabila melihat objek tersebut dengan lebih dekat.

“Saya kagum dengan butiran jelas yang boleh kita lihat. Kalau kita teliti dari imbasan tersebut, kita boleh lihat kasut, mata dan wajah Spongebob yang sedang tersenyum; berada dalam perut kanak-kanak ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi sebuah kiriman e-mel.

Memetik laporan oleh portal Metro.co.uk, doktor telah berjaya mengeluarkan loket tersebut dan kanak-kanak tersebut dibenarkan pulang ke rumahnya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/doktor-jumpa-spongebob-dalam-perut-budak-1.354704
 
haha cantik je die senyum dalam tu
 
mesti bdk tu dok kulum2 spongebob tu.. last2 tertelan..
 
mcm promosi filem spongebob je..
5 febuari nie akan keluar di pawagam.. tak sabar aku tunggu..

spongebob is my fren!!
 
Back
Top
Log in Register