BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Selepas Solat

alsar

Active+ Member
Messages
2,707
Joined
Aug 18, 2009
Messages
2,707
Reaction score
228
Points
38
Assalamualaikum...
Marilah kita memperingati sesama muslim... :)

Saya percaya, mesti masih ramai yang dok tercari-cari lagi DOA selepas solat. & saya juga berani kata, inilah juga antara penyebab ketakutan anda bila anda disuruh mengImamkan solat. :D Sebab benda ni jugak jadi kat saya dulu.

Ini antara Doa selepas solat yang kita boleh amalkan. Ringkas dan mudah dihafal. Selamat beramal :)

doa_slp_smbhyg.gif

Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina Muhammadiw wala alihi wasahbihi ajma'in. Allahuma inna nas alukal 'afwa wal 'afiah, wal mu 'aafatad da imah, fiddini waddun ya wal akhirah. Allahumma ahsin 'aqibatana fil umuri kulliha, waajirna min khizyid dunya wa'azabil akhirah. Allahumma inna nas aluka minal khairi kullihi 'ajilihi waajilihi, maalimna minhu wama lam na'lam. Waanuzubika minas syarri kullihi, 'ajilihi wa ajilihi, ma alimna minhu wama lam na'alam. Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati hasanataw waqina 'azabannar. Wasalallahu 'ala saiyidina Muhammadiw wa 'ala alihi wasahbihi wassalam.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.
 
inilah juga antara penyebab ketakutan anda bila anda disuruh mengImamkan solat. :D Sebab benda ni jugak jadi kat saya dulu.

rasa2 tempias jugak kt ak tp dulu la :D

tq sharing TT
 
inilah juga antara penyebab ketakutan anda bila anda disuruh mengImamkan solat. :D Sebab benda ni jugak jadi kat saya dulu.

rasa2 tempias jugak kt ak tp dulu la :D

tq sharing TT

hehehe.....sama la macam aku :p:p
 
terima kasih tt..bleh gak aku hapai..doa ni..
hehe..cari lagi cari cari
 
Saya percaya, mesti masih ramai yang dok tercari-cari lagi DOA selepas solat. & saya juga berani kata, inilah juga antara penyebab ketakutan anda bila anda disuruh mengImamkan solat. Sebab benda ni jugak jadi kat saya dulu.

rasanya betul la tu tapi aku jadi imam,aku baca campur malay-arab. salah ke cara aku tu?
 
Assalamualaikum...
doa_slp_smbhyg.gif

Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina Muhammadiw wala alihi wasahbihi ajma'in. Allahuma inna nas alukal 'afwa wal 'afiah, wal mu 'aafatad da imah, fiddini waddun ya wal akhirah. Allahumma ahsin 'aqibatana fil umuri kulliha, waajirna min khizyid dunya wa'azabil akhirah. Allahumma inna nas aluka minal khairi kullihi 'ajilihi waajilihi, maalimna minhu wama lam na'lam. Waanuzubika minas syarri kullihi, 'ajilihi wa ajilihi, ma alimna minhu wama lam na'alam. Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati hasanataw waqina 'azabannar. Wasalallahu 'ala saiyidina Muhammadiw wa 'ala alihi wasahbihi wassalam.

saya seorah yg jahil agama..apa maksud saiyidina?setahu saya saiyidina merujuk kepada sahabat nabi....boleh fahamkan saya maksud saiyidina??
 
saya seorah yg jahil agama..apa maksud saiyidina?setahu saya saiyidina merujuk kepada sahabat nabi....boleh fahamkan saya maksud saiyidina??

saiyidina ni boleh membawa maksud tuan kami, perkataan root dia adalah saiyid, iaitu tuan, na di belakang membawa maksud kami..

biasa kita kalau nak muliakan orang lain kita akan gelar dengan panggilan tuan, begitulah juga junjungan besar Nabi kita..

tapi kalau xada perkataan saiyidina ni pun xapa, hanya sebagai penghormatan pada Baginda..

wallahua'lam..
 
doa bahasa melayu ok gak...

tapi ramai ikut adat nak bahasa arab gak..sdgkn dlm solat ajer bahasa arab..lps tahiyat dan salam tu nak bahasa arab boleh nak bm pon boleh..
 
Back
Top
Log in Register