BTC USD 84,537.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

doa memohon rezeki

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
http://www.youtube.com/watch?v=WfNU0U4MZnU

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit".
Daripada Abu Zar r.a , Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi hambaNya Mukmin yang berusaha (mempunyai pekerjaaan)".
Daripada Abu Zar r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t suka melihat hambaNya berusaha dengan berpenat lelah mencari rezki yang halal".

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadith:
i) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.
Ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.
iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.
 
Ilmu baru hari ni.
Thanks
 
Dari Anas bin Malik RA, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah, atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2187.
 
Dari Mu'adz ibnu Abdullah dari ayahnya berkata: "Pada suatu malam ketika hujan turun rintik-rintik dan keadaan gelap gelita, kami menunggu Rasulullah SAW untuk solat bersama kami. Setelah Rasulullah SAW datang untuk solat bersama kami, beliau bersabda: "Bacalah". Aku bertanya: "Apa yang aku baca." Sabda beliau: "Bacalah, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas di waktu petang dan di waktu pagi sebanyak 3 kali, nescaya kamu akan dicukupi di dalam segala sesuatu."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5273.
 
semoga Allah lapangkan rezki kita.. rezki ni bukan semata2 wang ringgit dan harta benda.. ilmu pengetahuan juga rezki..sehat tubuh badan pun rezki... anak2 pun rezki..dan lain2..
 
Back
Top
Log in Register