BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DNA boleh dipalsukan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
WASHINGTON - Seorang penyelidik berjaya membuktikan bahawa asid deoxyribonucleic (DNA) boleh dipalsukan, demikian menurut kajian yang diterbitkan jurnal Forensic Science International: Genetics.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, Dr. Dan Frumkin mendedahkan bahawa, penyelidik mampu memadamkan semua kesan DNA daripada sampel darah dan memasukkan bahan genetik individu lain di tempat kejadian jenayah.

Pertukaran sampel tersebut turut berjaya memper*****kan saintis forensik yang menjalankan ujian pengesanan cap jari untuk pengesahan bukti DNA bagi kegunaan penyiasatan mahkamah di Amerika Syarikat (AS) sendiri.

Perkembangan terbaru itu mungkin mencetuskan senario sampel darah atau air liur yang lazim menjadi standard DNA diubah dengan individu tidak bersalah.

"Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau tisu lain, anda boleh menjadi jurutera kejadian jenayah. Pelajar biologi di universiti pun boleh melakukan perkara ini," katanya yang memiliki sebuah syarikat pengeluar kit pengesahan DNA asli.

Sampel material DNA mudah diambil daripada gelas kosong, puntung rokok, bulu rambut atau gula-gula getah. Syarikat milik Frumkin juga membangunkan 'kod bar' genetik daripada 20 tempat di tubuh manusia yang membentuk sebuah perpustakaan DNA.

Pakar forensik terkenal, Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik dibiayai kerajaan British ketika mengulas isu itu berkata, penjenayah yang hebat sekali pun sukar mencapai peringkat mengubah DNA. - Agensi
 
DNA tak bule di palsukan.. omputih ni pandai jek reka² ceritaaa
 
ye ke boleh dipalsukan...:-?
mcm2 la omputih ni ...
 
mcm tipoo jek..
klu gni kes xkn selesai la klu libatkan penipuan DNA..
 
salah satu cara untuk menghalalkan jenayah di masa akan datang.. agenda tersembunyi nih..
 
Back
Top
Log in Register