BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DJI Pocket 2 Dalam Warna Putih Di Malaysia Bermula Minggu Ini

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
DJI Pocket 2 merupakan salah satu kamera kompak yang boleh dibawa kemana-mana dengan mudah. Ditawarkan di Malaysia sejak 1 November lepas, DJI Pocket 2 ditawarkan pada harga RM1549.

DJI-Pocket-2-Putih.jpg.webp

Selepas ditawarkan dalam pilihan warna hitam sahaja sebelum ini, kini pihak DJI Malaysia turut mengumumkan bakal menawarkan variasi berwarna putih bermula 8 Julai 2021 ini – secara eksklusif melalui laman atas-talian. DJI Pocket 2 hadir dengan sensor 64-megapixel, dan mampu merakamkan video pada resolusi 4K 60p. Ia turut dilengkapi ciri rakaman video HDR, selain mampu zum 4x nirhilang.

DJI-Pocket-2-C-950x535.jpg.webp

DJI Pocket 2 ini terkenal kerana hadir dengan sokongan gimbal tiga paksi yang memastikan rakaman video sentiasa stabil, selain mana ia mampu disimpan dalam saku seluar pengguna dengan mudah. Bagi anda yang berminat dengan DJI Pocket 2 ini, boleh menyemak penawaran berwarna putih ini bermula esok di Malaysia.
 
Back
Top
Log in Register