Selain gelama sungai pernah dapat ikan kerisi sungai. Gelama dan kerisi suka berenang ke muara sungai semasa air pasang penuh dan kemasinan air muara sungai lebih kurang dengan laut. Sekadar info.
Nie yang paling senang. Tapi kalau tidak ikut sukatan garam yang betul dan masa rendaman yang sesuai, ikan kering tak menjadi seperti yang diharapkan.
Tip: Ada setengah orang suka masin dan ada pula yang tak suka masin. Caranya
Setelah ikan direndam lebih kurang 1 jam, ambil seekor, bersihkan dan goreng.
Cuba rasa dulu mengikut kesesuain selera anda. Tambah masa rendaman jika perlu.
1) Ikan dicuci bersih dan ditoskan
2) Larutkan garam ke dalam air bersih di dalam balang bertutup
-> Kadar kemasinan garam mengikut selera masing2. Saya tak suka terlalu masin atau tawar.
3) Rendam ikan selama 5 - 7 malam.
-> Kalau ikan bersaiz kecil elok 4 - 5 malam sahaja.
4) Biarkan ikan di dalam peti sejuk.
5) Selepas cukup hari, jemur ikan di bawah panas terik matahari 1 - 2 hari.
6) Simpan di dalam balang tertutup dalam peti ais untuk mengekalkan kesegarannya.
Terima kasih. Selamat mencuba.
Saya akan update jika ikan telah siap dijemur.
** Ikan yang sesuai seperti ikan gelama, ikan cencaru, ikan pasir dan ikan kerisi.