BTC USD 86,046.2 Gold USD 4,343.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Divine Intervention

AILA2002

Super Active Member
Messages
8,094
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
assalamualaikum...
pada semua forummer..minggu lepas adalah satu sejarah bagi kita...
macam-macam teori dilontar oleh penganalisis politik samada yang bertauliah atau pun tidak..

apa yang ingin aku ingin sampaikan disini adalah berdasarkan aku sebagai rakyat perak yang tahu serba sedikit akan cerita politik(tapi aku bukan ahli mana-mana politik-dah namanya melayu..politik menjadi santapan aku), cerita di balik tabir baik di bangunan SUK, kediaman MB dan Istana Kinta....

bermula dari tumbangnya kerajaan BN di perak pada mac 2008, bermulalah satu episod baru di perak. seluruh jentera kerajaan yang non-political ternanti-nanti akan siapakah sebenarnya MB baru di perak. satu persoalan yang berat kerana parti pakatan rakyat yang menang besar adalah DAP, sedia maklum bahawa parti ini memang terkenal malaysian malaysia yang tak kunjung padam, pasti mahukan kerusi itu. malah tersebar berita bahwa lim kit siang, nama yg cukup tersohor akan menjawat jawatan itu di belakang tabir.
ketika itu jugalah untuk makluman tuan dan puan budiman, telah berlangsung rundingan dan perjanjian tak rasmi baik antara dap-pas-pkr dan umno-pas.
memang benar, pas ditawarkan lompat parti, tetapi enggan berbuat demikian kerana berpegang kepada prinsip dan tegahan dari tuan guru. dan terdengar juga khabar bahawa dap telah mengeluarkan arahan tak bertulis- lompat dan hilang nyawa.!
 
Patut la Cina yg lompat tu putus kepala dia & lagi 2 org tu hilang!!! Dok dalam guni kot!!!!
 
setelah gagalnya perjanjian antara umno-pas...maka barulah pakatan rakyat benar2 serius utk melantik seorang adun di kalangan mereka sebagai MB, satu jawatan dalam undang tubuh telah menetapkan bahwa seorang melayu perlu dilantik.
dari situ terpilihlah ir nizar...satu nama yang sebelum ini cukup asing....belum pernah terdngar nama beliau di peringkat negeri...mungkin kerana sikap low profile beliau...

yang pasti, pemilihan baginda sultan utk memilih ir nizar adalah tepat kerana latarbelakangnya yang profesional dan jauh dari minda seorang ahli politik yang har-core. perak perlukan seorang yg benar-benar layak dalam membimbing pembangunan. jadi pemilihan beliau adalah tepat.

setelah itu...maka beliau pun mula menyusun keyakinan rakyat perak akan kepimpinan pakatan rakyat....apa taknya..1 kapal 3 nakhoda...
saya ingat lagi ceramah beliau kepada orang ramai akan perubahan politik ketika itu...perkataan yang masih kekal dalam ingatan saya adalah 'divine intervention' ataupun kehendak yang maha kuasa...maksudnya perubahan yang terjadi di perak adalah hasil yang maha kuasa yang mahukan perubahan di perak.....

beliau juga ketika itu turut menyatakan memang benar bahawa paktan rakyat yang baru memerintah adalah satu keluarga besar dengan pelbagai ragam...malah tidak mustahil bahawa mereka turut 'bercakar' ibarat abang adik dalam satu keluarga tapi tidak serius..masih mesra...
bagi saya itu tidak mustahil....bayangkan jika dalam satu peperangan..ada yang kalah ...ada yang menang..maka yang menang mahukan 'spol of war'..rampasan perang utk diri dan parti masing-masing...maka kita boleh lihat..pelbagai jawatan dan kedudukan ditawarkan kepada ahli politik samada di peringkat DUN dan hieraki parti masing-masing dalam pakatan rakyat...

bagi saya, situlah kelemahan paktan rakyat perak....hilang arah bila berkuasa...jika dulu sering melaungkan kezaliman BN..dan waktu itu mereka mungkin teralpha...konsesi balak yang kononnya di jual secara tender terbuka sebanrnya di faraid kepada parti DAP-PAS dan saya rasa PKR teringggal..(itu yang menjadi punca perpecahan)..ketika itu jugalah terlihat ahli PAS yang dulu hanya ala kadar kenderaannya..mula kelihatan di ruang pamer kereta mewah mercedes(ditemani broker balak).....tak pela...itu rezeki mereka..

mungkin apa yang terjadi hari ini adalah berpunca dari kerakusan paktan rakyat dalam menikmati hasil mshul negeri perak...

mungkin ini apa yang sering dilaungkan oleh yb nizar..'divine intervention'...tuhan maha adil bisa menghukum kita bila kita alpha....

jadi kepada saudara nizar..renungkan kembali..apakah yang terjadi ini bukan kehendak Ilahi?
 
Segala nya kehendak Ilahi. Kekalahan BN di Perak, Kelantan etc.., tindakan2 yg telah & akan di lakukan NIzar juga adalah kehendak Ilahi...
 
kenapa..kenapa...kenapa....aku tak kaya-kaya lagi...:))
 
sesiapa yang memohon untuk kaya..akan kaya..sesiapa ingin kuasa akan diberi kuasa...tetapi ingat...Dia akan menguji sejauh mana kita menghargai pemberianNya...
 
Back
Top
Log in Register