BTC USD 86,692.7 Gold USD 4,343.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen tahun 2017 program RTBB & TSK di bawah RISDA meningkat hampir ke RM107 juta

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
Dividen tahun 2017 program RTBB & TSK di bawah RISDA meningkat hampir ke RM107 juta

image.jpg

Mohd Najib dan Ismail Sabri bersama sebahagian penerima dividen Risda.

PEKAN - Bayaran dividen kepada peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) Risda diumumkan berjumlah RM106,813,181juta tahun ini.

Jumlah dividen 2017 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu lebih tinggi berbanding RM95.589 juta pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah penerima, seramai 17,784 peserta TSK manakala 16,080 peserta RTBB.


Dalam ucapan beliau, Najib berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat termasuk pekebun kecil dengan memberi perhatian sewajarnya.

Katanya, golongan pekebun kecil merupakan teras sokongan kepada kerajaan BN justeru agenda pembangunan saksama bandar dan luar bandar akan diteruskan.

Beliau berkata, pembangunan di Malaysia unik kerana dilaksanakan secara adil dan saksama di bandar dan luar bandar.

"Berbeza dengan negara lain yang pembangunannya tertumpu kepada kawasan ibu kota atau pusat pentadbiran sahaja.

"Tetapi di Malaysia, kita sedaya upaya pastikan agenda pembangunan luar bandar diteruskan secara adil dan saksama," katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Dividen RISDA 2017 di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; dan Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainal Abidin.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, peningkatan jumlah pembayaran dividen itu didorong peningkatan harga komoditi termasuk getah dan kelapa sawit.

Menurutnya daripada keseluruhan jumlah dividen tahun ini RM38,165,600 untuk dividen RTBB dan RM68,647,581 dividen TSK.

Katanya, Risda tidak pernah menghentikan program tanam semula seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Ada pihak kata Risda tiada duit dan TSK dihentikan sebaliknya ia diteruskan malah tahun ini RM358.8 juta diperuntukkan untuk program-program pembangunan termasuk yang melibatkan pemerkasaan program tanam semula.

"Untuk peruntukkan program tanam semula Risda 2017, RM144.1 juta untuk program tanam semula getah ke getah, RM1.07 juta untuk tanam semula sawit ke sawit, RM126.2 juta tanam semula getah ke sawit dan RM9.3 juta, getah ke tanaman lain,"katanya pada sidang media lepas majlis itu.

Beliau berkata, Risda tidak galak dan tidak menyekat peserta untuk beralih daripada getah kepada tanaman lain namun mereka perlu berbincang dengan agensi itu kerana ia akan melibatkan elaun tanam semula.

"Perbincangan juga perlu supaya mereka tidak memilih tanaman yang kurang permintaan di pasaran atau tidak sesuai ditanam di tanah mereka," katanya.
 
RISDA Jejak 145 Pekebun Kecil Untuk Agih Dividen

Pekebun-Kecil.jpg


SIK – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sedang mengesan 135 pekebun kecil di negeri ini yang belum menuntut bayaran dividen mereka yang tertunggak sejak 1979.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata kebanyakan mereka merupakan generasi terawal dan RISDA tidak mempunyai maklumat terkini untuk menjejaki mereka.

“Justeru, pekebun kecil terbabit atau waris mereka diminta tampil ke pejabat RISDA berhampiran bagi membolehkan dividen yang tertunda pengagihannya dapat diuruskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Dividen RISDA Peringkat Negeri Kedah bagi 2017, di Dewan Wawasan Gemilang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan RISDA Nasaruddin Malek dan Pengarah RISDA Kedah Ramli Tumin.

Sementara itu, Mohd Tajudin berkata hari ini, sejumlah RM1.299 juta dividen diagihkan kepada 830 peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TBK) di negeri ini.

“Jumlah itu merangkumi 413 perserta RTBB dan 417 peserta TBK, dan melibatkan kawasan kebun seluas 1,492.9 hektar,” katanya.

Beliau berkata keseluruhannya terdapat 37,453 pekebun kecil getah dan sawit di seluruh Kedah setakat ini melibatkan tanah seluas 75,256.37 hektar.

“Saya yakin dengan perancangan dan strategi yang dilaksanakan RISDA untuk memodenkan sektor ini dan berharap semua pekebun kecil akan menyertai semua program pembangunan yang dianjurkan RISDA serta merebut peluang bagi meningkatkan lagi pendapatan keluarga,” katanya. – BERNAMA

Sumber : mynewshub.cc
 
Back
Top
Log in Register