BTC USD 80,293.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB

Status
Not open for further replies.
org tua2 cakap.. barang yg cket jgan dihabiskan...

maksudnya.. kalau ada 11k, nak guna jgnlaaa habiskan 11k, guna 7.3k sudahlaaa..... selebihnya simpan.. buat masa depan.... kalau tak hidup pun, org lain leh pakai... huhuhuhuuuhu

btul btul.... aku pun wat cam tu gak... tuk simpanan tua n anak2.. Alhamdulillah dpt dividen ni bertambah lg simpanan aku...
 
lau 120k brape agak2 dpt???
 
A'kum...tp skrg ada unit trust yang bg dividen tinggi mcm bank rakyat. Ianya baru dilancarkan oleh Prudential..company insurans tu...member aku ajen Prudential insurans dah explain kat aku..kita hanya perlu melabur secara seketul cash atau monthly payment...sampai 10 tahun..lepas tu syarikat akan start bagi dividen pada tahun ke 10, dividen...jangka masa invest 15tahun ~ 30 tahun....kira2 balik kita akan dapat 15% ke aendah prestasi dividen(di kira pada kadar terendah prestasi syarikat)...

Jumlah pelaburan tidak terhda...Bank rakyat terhad RM500 jea...Org cina dah banyak invest...dia org jenis yg banyak duit...ok
 
menarik ni..:D
 
Macam bagus tu.. api tak sesuai bincang kat thread Dividen ASB. Apa kata bukak kat thread berkaitan.

Kengkawan tengah exited nak sembang pasal dividen ASB tu..:">
 
nak tanye,kalo sekarang kite tambah duit kat asb lagi..dividen tu dapat ke x??
kalau tambah hari ni,mmg tak kan dikira untuk dividen 2009...

tapi, akan dikira untuk dividen thn 2010..
 
suma dah terlalu gumbira... hingga terlepas pandang tu bro...
yang baki 3.7% tu kemana pula perginya???:-?:-?:-?

dicilok dari Utusan Malaysia Online
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seramai 6.78 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal mendapat agihan pendapatan sebanyak 7.30 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2009.

Jumlah agihan pendapatan itu meningkat daripada 7.00 sen seunit pada tahun lalu.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, peruntukan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM4.95 bilion, peningkatan sebanyak 19.56 peratus berbanding RM4.14 bilion pada tahun sebelumnya.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula melibatkan sejumlah RM537.65 juta oleh PNB.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman prestasi ASB di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jumlah agihan pendapatan itu adalah kompetitif meskipun ia mampu membuat agihan sebanyak 11 peratus.

Jelas berkata, pelabur tidak boleh membandingkan secara kolektif jumlah agihan pendapatan dan bonus tahun lalu masing-masing sebanyak 7.00 dan 1.75 sen seunit, sebaliknya perlu melihat prestasi dana ASB sendiri.

Mengulas lanjut, Hamad Kama Piah menjelaskan, dalam situasi semasa adalah tidak adil sekiranya para pelabur mengharapkan jumlah agihan yang tinggi.

"Biarpun ramai yang tidak suka cara saya membuat perbandingan, tetapi hakikatnya pulangan yang kita berikan adalah lebih baik daripada simpanan.

"Saya membuat perbandingan sedemikian kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, para pelabur boleh mengeluarkan pelaburan mereka pada bila-bila masa, sama seperti bank.

"PNB memberi agihan 7.30 sen seunit sedangkan kalau kita menyimpan hanya memperoleh 1.7 atau 1.8 peratus sahaja, beza lebih lima peratus," ujarnya.

Ditanya mengapa perlunya PNB menyimpan rizab bagi dana-dananya, Hamad Kama Piah menjelaskan: "Ia adalah pendekatan PNB untuk membolehkan kita menambah pelaburan bagi memperoleh pulangan lebih baik pada masa akan datang".

Ahmad Sarji menambah, sehingga 10 Disember lalu, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM5.46 bilion, naik 3.4 peratus berbanding RM5.28 bilion pada 2008.

Syarikat-syarikat pelaburan menyumbang sebanyak RM1.48 bilion atau 27 peratus daripada jumlah pendapatan kasar manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang sebanyak RM3.67 bilion.

Pendapatan selebihnya yang berjumlah RM309 juta diperoleh melalui pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.

Ahmad Sarji berkata, pengiraan pengagihan pendapatan itu adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2009.

Sementara pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula 2000 hingga 2009.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang saham dan urusan mengemas kini mulai 4 Januari 2010.

Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan ejen-ejen di seluruh negara akan ditangguhkan bermula 21 Disember ini hingga 3 Januari 2010 bagi tujuan pengiraan pengagihan.

mampu membuat agihan 11%, tetapi dibuat 7.3% sahaja... huhu..:(

sudah tentu pelabur mengharapkan pulangan yang tinggi keatas pelaburan yang dibuat... mengapa pula jadi tidak adil...:-?

ngape pula ASB dibandingkan dengan bank... ada ura2 nak tukar ASB kepada Bank Saham Bumiputra ke???:-?

baki 3.7% tu dibawa ketahun hadapan rupanya... jika si A (bukan nama sebenar) sudah bukan lagi seorang pelabur ditahun hadapan, bagaimana???... kemana baki 3.7% + keuntungan tu ditujukan??? atau........ b@#n....
tu la pasal...mmg banyak gak la pnb guna keuntungan asb ni untuk 'reinvestment'...mmg tak adil la pada pelabur yg tak keluar langsung duit pada tahun nie...pastu tiba tiba ade emergency pulak kene kuarkan tahun 2010..camne tu?mmg dividen sah sah tak dapat la kan...

seingat aku, dividen tahun 2008 pun sama gak,hamad kama piah ckp profit 11%,tapi dividen 7% dan selebihnya untuk reinvestment...

tapi,banyak perabih kat MSAM dan bonus staf...ekekkeke..

pepehal pun,ttp kompetitif(ayat favorite ceo pnb) gak la...
 
A'kum...tp skrg ada unit trust yang bg dividen tinggi mcm bank rakyat. Ianya baru dilancarkan oleh Prudential..company insurans tu...member aku ajen Prudential insurans dah explain kat aku..kita hanya perlu melabur secara seketul cash atau monthly payment...sampai 10 tahun..lepas tu syarikat akan start bagi dividen pada tahun ke 10, dividen...jangka masa invest 15tahun ~ 30 tahun....kira2 balik kita akan dapat 15% ke aendah prestasi dividen(di kira pada kadar terendah prestasi syarikat)...

Jumlah pelaburan tidak terhda...Bank rakyat terhad RM500 jea...Org cina dah banyak invest...dia org jenis yg banyak duit...ok

Any info or link about this kind of investment?
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register