BTC USD 86,619.0 Gold USD 4,191.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB

Status
Not open for further replies.
yang buat loan ramai dah terminate. org bank sendiri pon ade yg terminate loan. termasuk ler aku. dah selamat dah. takyah loan. pakai duit simpanan sendiri plak.
 
suke sgt ikut org..
ikut diri sendiri lah..
nk terminate ke nk tambah ke nk teruskan ke..
 
dah boleh update buku ke asb 2 ni? tadi p pejabat pos..xboleh lg katenye huhuhuh
 
WoW..!! Rekod dividen saham #KOWAMAS 30%?? Biar betul??​

Dividen A** 2016 hanya 6.75%.
Dividen T* 2016 hanya 5.75%.
Dividen Bank R***** 2015 hanya 13% & saham baru tidak lagi dibuka kepada awam.

Rekod pulangan dividen #KoperasiWawasan Malaysia yang tinggi.
Dividen Kowamas:
Tahun 2009: 30%,
Tahun 2010: 30%,
Tahun 2011: 20%,
Tahun 2012: 30%,
Tahun 2013: 15%,
Tahun 2014: 15%,
Tahun 2015: 14%.
* Dividen untuk Tahun 2016 akan diumum selepas Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi akan datang.

Contoh: Dengan mendapatkan pembiayaan RM13000 dari kami dan dapatkan saham Kowamas bernilai RM10000, keuntungan bersih anda selepas 10 tahun adalah (anggaran) berjumlah RM15387.46 (yang dah siap ditolak dengan kesemua jumlah bayaran pembiayaan anda)..!!

Satu lagi peluang pelaburan yang selamat untuk semua rakyat #Malaysia. Saham Koperasi Wawasan Malaysia bagi tahun 2017 telah dibuka mulai sekarang hingga bulan Jun ini sahaja. Ini adalah tahun terakhir Kowamas membuka peluang saham kepada orang awam dan koperasi lain. Minima Saham adalah RM200 & Maksima RM200,000.

Hubungi kami untuk mendapatkan saham Koperasi Wawasan Malaysia melalui klik terus http://wasap.my/60124931214 untuk respon segera kami.

Sah sehingga 20 Jun 2017..!!

Hotline: 012-4931214

-------------------
Kami juga menawarkan pakej #PinjamanPeribadiKoperasi khas untuk #KakitanganKerajaan tanpa ambil kira komitmen luar slip gaji, mereka yang bermasalah blacklist/Ctos/CCRIS/PTPTN/AKPK layak memohon. www.centralkoperasi.com

Jangan masuk troll topik dan kondem produk org lain bro. Tak beradap namanya.
 
Najib harap lebih ramai labur dalam ASB

najibrazakasb.jpg.transformed.jpg


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru lebih ramai rakyat Malaysia mengambil peluang sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 (MSAM 2017) untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).


Beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputera sebagai harus.

"Ini kerana Permodalan Nasional Bhd (PNB) tidak melabur dalam sektor yang nyata haram seperti arak dan judi.

"Labur dalam Amanah Saham Bumiputera adalah satu langkah yang bijak kerana pulangannya yang tinggi. Saya harap lebih ramai akan ambil peluang untuk meningkatkan simpanan masing-masing," katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitter beliau malam ini.

Dalam catatan itu, Najib turut memuat naik beberapa infografik mengenai pelaburan dalam ASB, termasuk tiada wang atau fi pendahuluan diperlukan, berisiko rendah, pulangan yang lebih tinggi daripada bank-bank konvensional dan pengeluaran serta merta boleh dibuat jika berlaku kecemasan.

Perdana Menteri merasmikan MSAM 2017 yang bertemakan "Pelaburan 360 PNB" di Temerloh, Pahang hari ini.

MSAM 2017 yang berlangsung selama enam hari hingga 25 April, dijayakan oleh 12 syarikat Kumpulan PNB termasuk Malayan Banking Bhd, Sime Darby Bhd, I&P Group Sdn Bhd, SP Setia dan UMW Holdings Bhd. - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/274038
 
yang buat loan ramai dah terminate. org bank sendiri pon ade yg terminate loan. termasuk ler aku. dah selamat dah. takyah loan. pakai duit simpanan sendiri plak.

tgk keadaan laa ....
utk kiraan saya senang aje,
klu dividen/bonus yg dapat tak boleh cover monthly payment loan (dividen&bonus/12 bulan) rasanya patut terminate la. ke macam mana? :-?
 
tgk keadaan laa ....
utk kiraan saya senang aje,
klu dividen/bonus yg dapat tak boleh cover monthly payment loan (dividen&bonus/12 bulan) rasanya patut terminate la. ke macam mana? :-?


beginilah tuan, kalau rasa boleh bertahan.. ada modal utk rolling... bertahan.. kalau tak boleh tahan.. lepaskan lah cara baik :D

Sebaiknya dapat duit dividen tu terus bayar utk setahun dengan bank. Kalau kita simpan dalam akaun FOR SURE kita akan usik duit tu.. percayalah..
 
Mulai 28 Jun, hanya perlu bawa Mykad untuk urusan ASB

image.jpg

KETUA Pegawai Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad,Mohammad Hussin menjawab soalan pemberita pada sidang media penangguhan urusniaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Menara PNB di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ Gambar MOHD NAJIB MOHD NOR

KUALA LUMPUR 8 Jun - Mulai 28 Jun 2017, pelabur Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hanya perlu membawa kad pengenalan untuk berurus niaga dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB), kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin.

Beliau berkata, langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan ASNB kepada pelabur, berbanding perkhidmatan menerusi sistem sebelum ini.

"Sebelum ini, pelabur perlu membawa buku pelaburan dan kad pengenalan untuk berurus niaga dengan ASNB, terutama untuk urus niaga pengeluaran.

"Pelabur yang kehilangan buku pelaburan pula kadang kala terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan buku baharu kerana ia hanya boleh dibuat di cawangan ASNB sahaja, selain perlu membayar yuran penggantian buku," katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Mohammad, ASNB, unit Permodalan Nasional Bhd, akan menaik taraf sistemnya dengan menggunakan “Fund Distribution System” (FDS) menggantikan “Unit Trust System” (UTS).

Oleh itu, urus niaga ASB akan ditangguhkan sementara pada 23 Jun 2017 untuk tujuan migrasi dan penambahbaikan sistem tersebut.

"Disebabkan penangguhan berkenaan bersambung terus dengan cuti umum sempena Aidilfitri, ASB hanya akan mula berurus niaga pada 28 Jun 2017 (Rabu)," katanya sambil menambah bahawa sistem urus niaga tanpa buku ini bakal menggunakan satu nombor sahaja.

Katanya, penambahbaikan sistem operasi ini juga membolehkan ASNB meluaskan rangkaian ejen yang menawarkan urus niaga ASB, meliputi Bank Simpanan Nasional, Affin Bank dan Ambank, menjadikan rangkaian cawangan ejen ASNB yang menawarkan ASB kini meningkat kepada 2,262 cawangan.

Bagi pelabur di seluruh negara, transaksi ASB hanya ditangguhkan pada 23 Jun 2017, manakala bagi pelabur di Kelantan dan Terengganu, penangguhan urus niaga hanya pada 27 Jun 2017.

"Berikutan penangguhan urus niaga ASB ini, pelabur dinasihatkan supaya merancang keperluan kewangan dengan membuat transaksi perlu untuk mengelak sebarang kesulitan ketika meraikan Aidilfitri nanti," katanya.

ASB merupakan tabung unit amanah terbesar negara dan kini mempunyai lebih sembilan juta pelabur yang melanggan kira-kira RM143 bilion unit ASB.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016, ASB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/eko...niaga-asb-mulai-28-jun-1.490985#ixzz4jOrJhgiv
 
Hanya Perlu Bawa IC untuk urusan ASB/ASNB mulai 28 Jun ini

KUALA LUMPUR - Mulai 28 Jun 2017, pelabur Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hanya perlu membawa kad pengenalan untuk berurus niaga dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan ASNB kepada pelabur, berbanding perkhidmatan menerusi sistem sebelum ini.

"Sebelum ini, pelabur perlu membawa buku pelaburan dan kad pengenalan untuk berurus niaga dengan ASNB, terutama untuk urus niaga pengeluaran.

"Pelabur yang kehilangan buku pelaburan pula kadang kala terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan buku baharu kerana ia hanya boleh dibuat di cawangan ASNB sahaja, selain perlu membayar yuran penggantian buku," katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Mohammad, ASNB, unit Permodalan Nasional Bhd, akan menaik taraf sistemnya dengan menggunakan ''Fund Distribution System'' (FDS) menggantikan ''Unit Trust System'' (UTS).

Oleh itu, urus niaga ASB akan ditangguhkan sementara pada 23 Jun 2017 untuk tujuan migrasi dan penambahbaikan sistem tersebut.

"Disebabkan penangguhan berkenaan bersambung terus dengan cuti umum sempena Aidilfitri, ASB hanya akan mula berurus niaga pada 28 Jun 2017 (Rabu)," katanya sambil menambah bahawa sistem urus niaga tanpa buku ini bakal menggunakan satu nombor sahaja.

Bagi pelabur di seluruh negara, transaksi ASB hanya ditangguhkan pada 23 Jun 2017, manakala bagi pelabur di Kelantan dan Terengganu, penangguhan urus niaga hanya pada 27 Jun 2017.

"Berikutan penangguhan urus niaga ASB ini, pelabur dinasihatkan supaya merancang keperluan kewangan dengan membuat transaksi perlu untuk mengelak sebarang kesulitan ketika meraikan Aidilfitri nanti," katanya. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz4jSeUyyJX
Hakcipta terpelihara
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register