BTC USD 84,563.8 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB

Status
Not open for further replies.
Tak pelik pun asb bawah 7% sebab loan asb pun max 30 tahun...so loan asb 25 tahun dah x relevan untuk wat kira2 profit...
 
yang marah2 tu sbb loan ASB...

Tak jugak.. ada pelabur yg ada lebih simpanan 400k dlm asb tu tak merasa lagi dividen carry forward yg hamad kama piah war2 kan tu..
 
Teknik compounding ko, teknik rolling ko atau hybrid duo2 tu..yg pastinya korang perlu ada savings emergency..ASB tempat untuk menyimpan dan melabur dan bukannya melebur..so far return masih memuaskan consider keadaan ekonomi semasa
 
Teknik compounding ko, teknik rolling ko atau hybrid duo2 tu..yg pastinya korang perlu ada savings emergency..ASB tempat untuk menyimpan dan melabur dan bukannya melebur..so far return masih memuaskan consider keadaan ekonomi semasa

saya setuju dgn bro
 
Saham Armada yang terlibat dengan Oil gas rupanya ASB adalah antara pemegang saham terbesar.

ARMADA loss dekat RM600juta untuk 4 rolling quaters, mungkin tu sebab Dividend Asb kurang.

Untuk rekod EPF juga ada share Armada yang banyak.

http://klse.cari.gold/servlets/stk/5210.jsp
 
Saham Armada yang terlibat dengan Oil gas rupanya ASB adalah antara pemegang saham terbesar.

ARMADA loss dekat RM600juta untuk 4 rolling quaters, mungkin tu sebab Dividend Asb kurang.

Untuk rekod EPF juga ada share Armada yang banyak.

http://klse.cari.gold/servlets/stk/5210.jsp

Prestasi UT Malaysia, kurang lebih saja prestasinya..saya nak jenguk potensi regional luar Malaysia pulak
 
Pulangan 1% pun tetap untung

asb01_1483136930.jpg


Agihan pendapatan 6.75 sen seunit dan bonus 0.5 seunit untuk tahun 2016 yang diumumkan Amanah Saham Bumiputera (ASB) baru-baru ini agak memeranjatkan orang ramai namun tidak kurang juga yang memahami dan bersyukur ASB masih mampu memberi pulangan pelaburan yang boleh dianggap memuaskan dalam persekitaran ekonomi yang mencabar ketika ini.


Pulangan negatif pasaran saham tempatan untuk tahun ketiga berturut-turut jelas memberi tempias kepada pendapatan ASB yang melaburkan hampir 70 peratus daripada dananya ke dalam pasaran saham.

Namun begitu, keupayaan ASB menjana pendapatan kasar sebanyak RM9.59 bilion dan kemudiannya memberi agihan pendapatan membabitkan agihan sebanyak RM9.78 bilion kepada 9 juta pelaburnya menunjukkan satu prestasi yang boleh dibanggakan.

Walaupun ramai mengeluh dan menganggap ia sebagai satu kerugian kerana mengharapkan pulangan lebih tinggi, tetapi sebagai pelabur ASB, kita perlu sedar bahawa yang turun hanya dividen, sedangkan modal pelaburan masih kekal tidak berkurang nilainya.

Ini kerana dalam pelaburan, pelabur hanya menanggung kerugian sekiranya modal pelaburan hilang atau berkurang nilainya, sedangkan pulangan walau 1 peratus, tetap dianggap sebagai keuntungan.

Seorang penasihat pelaburan berkata, perkara yang perlu diteliti pelabur adalah sama ada pulangan yang diterima itu lebih baik berbanding inflasi semasa atau berbanding instrumen lain yang mempunyai ciri yang sama seperti ASB seperti simpanan biasa dan simpanan tetap.

“Selepas membuat perbandingan daripada dua sudut ini, barulah kita membuat keputusan sama ada pulangan yang diterima itu memuaskan atau tidak. Jangan kerana emosi kita membuat keputusan yang akhirnya merugikan sedangkan orang lain yang berpandangan positif terus menikmati pengembangan pelaburan,” katanya.

Deposit tetap biasanya berisiko rendah dan memberi pulangan sekitar tiga hingga empat peratus bergantung kepada tempoh simpanan manakala unit amanah pula secara umumnya berisiko sederhana serta memberi pulangan sederhana.

ASB secara konsisten memberi agihan pendapatan lebih baik berbanding kadar inflasi negara, membolehkan pelabur melindungi nilai wang mereka daripada mengecil akibat inflasi.

Beliau berkata, jika dinilai dari sudut jangka panjang, mereka yang mengekalkan pelaburan dengan ASB sejak 10 tahun lalu menikmati pulangan antara enam hingga tujuh peratus setahun.

“Yang pastinya, agihan pendapatan sememangnya akan ada turun dan naik bergantung kepada faktor seperti pasaran saham, persekitaran ekonomi semasa dan sebagainya.

“Turun tahun ini tidak bererti tahun depan juga akan begitu. Lihat sahaja pasaran saham, adakalanya turun, adakalanya naik. Namun pelabur yang konsisten dan sentiasa mengambil pendekatan jangka panjang akan menikmati hasil pelaburan yang lebih besar,” katanya.

Sebagai contoh, ramai yang menikmati keuntungan daripada peningkatan modal daripada pasaran saham namun menanggung kerugian besar apabila berlakunya Krisis Kewangan Asia pada 1997 yang menyebabkan Indeks Bursa Malaysia jatuh 856 mata, paras terendahnya sejak 1993.

Dengan adanya ilmu pelaburan, sudah pasti lebih mudah untuk kita memahami sama ada pelaburan yang disertai mampu memberi pulangan sewajarnya atau boleh menyebabkan kita menanggung kerugian.

Sebagai sebuah dana unit amanah yang mana pengurus dananya melabur dalam portfolio pelaburan terdiri daripada pasaran saham, tunai dan sebagainya, sudah pasti keupayaan ASB memberi pulangan bergantung kepada prestasi ekonomi dalam dan luar negara serta perkembangan politik semasa.

Sehubungan itu, pelabur ASB sewajarnya menyedari bahawa pulangan daripada pelaburan mereka juga akan ada naik dan turunnya.

Penganalisis berkata, apabila membuat perbandingan untuk prestasi pulangan ASB, ia harus dibuat dengan deposit tetap atau simpanan tetap yang mempunyai ciri hampir sama.

“Adalah tidak wajar pelabur mengharapkan ASB terus memberi pulangan tinggi tanpa menghiraukan prestasi ekonomi semasa. Di sinilah pentingnya ilmu pelaburan kerana sekiranya kita mengeluarkan pelaburan daripada ASB berdasarkan pulangan ASB yang kita anggap turun dari tahun ke tahun, kita sebenarnya telah membuat kesilapan dalam pelaburan.

“Selagi pulangan ASB lebih tinggi berbanding deposit tetap dan lebih baik berbanding inflasi, pelabur sebenarnya masih meraih untung kerana modal pelaburan mereka kekal tidak terjejas,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/node/193048
 
Mmg la satu peratus pun untung.. itu yg ditafsirkn mereka, tapi sbg pelabur, mesti la nk keuntungan yg maximum..

Lagi2 plak fund yg mmg diwujudkn utk org melayu..

Tq najib.. jahanam semua
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register