BTC USD 84,634.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB

Status
Not open for further replies.
Ramai melabur nak untung je,
Melabur dalam ilmu tak nak.

Pelabur sejati tak mengelabah bile dividen turun sebab mereka dah tetapkan matlamat dan tahu risiko yg diambil dgn menggunakan OPM.

Ramai di sini melabur takde hala tuju.
 
Pada pandangan peribadi saya, PNB tak perlu carry forward keuntungan persen duit pelabur ASB. Jika PNB mampu bg 9% dividen kepda pelabur untuk tahun tersebut bagi je lah. Lebihan dividen tu biar pelabur yang tentukan samada untuk guna atau kekalkan dalam saham ASB.

Sekiranya dividen tahun seterusnya rendah, pelabur faham dan mereka tidak akan rasa terkilan kerana mereka telah merasa dividin yang tinggi.

Seperti tidak adil sekiranya pnb gunakan duit dividen tu untuk cover tahun mendatang. Kalau PNB asik gunakan kaedah carry forward, sampai bila2 tak akan cover dividen tinggi.

Kita ingatkan Ahmad Sarji kedekut... Wahid ni lagi hampeh... bagi dividen bawah dari 7%.

Bukan tak redha, tapi terkilan.. pelabur tak pernah merasa dividen tinggi sebab asik carry forward 2-3% dividen pelabur.

Sabar Bro...Wahid ni baru masuk PNB dalam 4 bulan saja...untuk nilai pestasi dia kena tunggu dividen tahun hadapan.
Dia pun bukan calang orang...bekas CEO maybank dan TM sblm Najib atau Pak Lah yg tarik dia jadi menteri di JPM.
Sabar kita tunggu tahun depan...
 
Ramai melabur nak untung je,
Melabur dalam ilmu tak nak.

Pelabur sejati tak mengelabah bile dividen turun sebab mereka dah tetapkan matlamat dan tahu risiko yg diambil dgn menggunakan OPM.

Ramai di sini melabur takde hala tuju.

biasa la bro kat malaysia ni .. semua nak cepat kaya je ..

sebab tu MLM bercambah2 ... pastu sibuk cakap org lain kapitalis bebagai

:)):))
 
....salam..hampir2 tepat..perngiraan saya..hari tu predict dapat 6.5% je..
 
Sabar Bro...Wahid ni baru masuk PNB dalam 4 bulan saja...untuk nilai pestasi dia kena tunggu dividen tahun hadapan.
Dia pun bukan calang orang...bekas CEO maybank dan TM sblm Najib atau Pak Lah yg tarik dia jadi menteri di JPM.
Sabar kita tunggu tahun depan...

mslhnya kan..wahid ni masa pegang jawatan TM..bnyk aset TM dia jual...acaner tu?
 
kalau rasa ASB dah tak relevan utk invest, tarik diri sahaja. kita pun tak tahu lagi apa pembaharuan yg wahid akan bawa sebab kat sini bukan ada yg kerja kat ASNB nak bocorkan strategi PNB pun.

sepatutnya, sbg investor kita sendiri yg kena paham dgn risiko. masa sign loan ada baca tak terms and conditions? dlm tu dah siap2 tulis yg bank tak dapat nak jamin pemberian dividen melebihi kadar faedah yg dikenakan.

rasa ramai skip bahagian ni sebab nampak cara senang nak buat $$$ je..:D
 
dgrnya untung dibawa ke hadapan dpt kat org pelda.. btl ke?
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register