BTC USD 80,626.5 Gold USD 4,132.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB

Status
Not open for further replies.
sbb muda la sll mudah bt silap.. sbb tu otai2 kne tunjuk ajarku sifu.. hehe
sbnrnye masih ramai anak muda yg tiada basic bagaimana nk menabung & tiada perancangan jangka pendek apatah lg jangka panjang untuk masa depan..
semoga thread2 kt savings investment ni dpt membuka mata disamping mnjadi guideline pada muda mudi harapan bangsa ni..

Spatutnya dijadikan 1 Subject masa spm. Baru kurang anak muda kita muflis. Biasa la anak muda. Darah panas. Kurang sabar, tu yg terlajak perahu..
Ps; saya pun sama. Hehehe..
 
Spatutnya dijadikan 1 Subject masa spm. Baru kurang anak muda kita muflis. Biasa la anak muda. Darah panas. Kurang sabar, tu yg terlajak perahu..
Ps; saya pun sama. Hehehe..
terajak perahu kan masih boleh diundur.. haha
kl ade subjek nie mst da skor A dh anak2 CGrians nie..
adat manusia belajar dr kesilapan..
 
ade yang leh ajar aku? hehe. mintak la tolong masta2... aku umur 20. student lagi... hehe. diploma pun tak dapat lagi.. :D
 
Debaran semakin hampir..

BERITA
Published: Ahad Disember 9, 2012 MYT 8:10:00 PM
PNB Jangka Umum Dividen ASN Dan ASB Lebih Kompetitif

KOTA BAHARU: Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) tidak lama lagi.

Tanpa menyebut kadar tersebut, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata pengumuman itu dijangka memberi pulangan lebih kompetitif berbanding tahun lepas.

"Saya tidak boleh sebut peratusan keuntungan yang bakal diagihkan kepada pelabur sehingga hari pengumuman 21 Disember ini, tetapi ia adalah lebih kompetitif," katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis penyampaian hadiah Pertandingan Akhir Kuiz Pelaburan PNB 2012 (Kategori Universiti) di sini, Ahad.

Turut hadir pada majlis itu adalah Naib Cancelor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Datuk Raduan Che Rose, Timbalan Presiden Korporat dan Antarabangsa PNB, Datin Paduka Jamiah Abdul Hamid dan Timbalan Presiden Unit Amanah PNB, Datuk Idris Kechot.

Beliau berkata setiap tahun PNB membayar dividen dan bonus bernilai hampir RM10 bilion kepada kira-kira 11.23 juta pemegang akaun dana-dana unit amanahnya dan jumlah yang besar tersebut sudah pasti memberi impak kepada ekonomi negara.

Hamad Kama Piah berkata tahun ini setakat November lepas, PNB telah mengumumkan pembayaran dividen bagi tujuh dana pelaburan yang berjumlah hampir RM2.6 bilion.

Beliau juga berkata PNB bakal memperkenalkan produk baru dalam pengurusan pemegang saham yang meninggal dunia dinamakan Hibah, yang akan memberi kemudahan dan alternatif perancangan harta kepada pelabur.

"Ia bakal membantu mempercepatkan proses pentadbiran harta pesaka membabitkan dana unit-unit amanah ASNB milik mereka," katanya.Bagaimanapun, katanya produk itu belum dapat ditentukan tarikh pelaksanaannya kerana masih dalam peringkat kajian terutamanya dari segi pematuhan syariah.

Dalam ucapannya sebelum itu, beliau berkata PNB kini menguruskan sejumlah 154.22 juta bilion unit amanah milik 11.23 juta pemegang akaun.

"Dari segi nilai, kita mengurus dana lebih RM220 bilion dengan mengambil kira dana milik pelabur dan milik PNB sendiri," katanya. - BERNAMA
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register