BTC USD 82,669.1 Gold USD 4,195.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB

Status
Not open for further replies.
boleh buat macam tu ker...takut nanti penyertaan dibatalkan...$$ asyik kluar masuk saja...

yg saya punya tu jangan ikut...nnt dividen bulanan terganggu. ikut cara yg betol spt di bawah:

Originally Posted by alphaOne
better..masuk 1/10 2k..
keluar 1/11 2k..
bank in semula 2k pada hari yg sama 1/11..
supaya dividen bulan 10 x terganggu..


syarat penyertaan jelas mengatakan janji ada transaksi masuk 2k ke atas..x kisah la ada kluar masuk-kluar masuk pon...hehehehehe
ntgok nasib je bro. ada rezeki dpt la ipad tu..:D
 
4hb Januari 2010 (ISNIN) - HARI MENUAI ASB..

* 1993: Dividend=9.00, Bonus=4.50* Total=13.5
* 1994: Dividend=9.00, Bonus=4.50* Total=13.50
* 1995: Dividend=10.0, Bonus=3.00*Total=13.00
* 1996: Dividend=10.25, Bonus=3.00*Total=13.25
* 1997: Dividend=10.25, Bonus=1.25*Total=11.50
* 1998: Dividend=8.00, Bonus=2.50*Total=10.50
* 1999: Dividend=10.5, Bonus=1.50*Total=12.00
* 2000: Dividend=9.75, Bonus=2.00*Total=11.75
* 2001: Dividend=7.00, Bonus=3.00*Total=10.00
* 2002: Dividend=7.00, Bonus=2.00**Total=9.00
* 2003: Dividend=7.25, Bonus=2.00**Total=9.25
* 2004: Dividend=7.25, Bonus=2.00**Total=9.25
* 2005: Dividend=7.25, Bonus=1.75**Total=9.00
* 2006: Dividend=7.30, Bonus=1.25**Total=8.55
* 2007: Dividend=8.00, Bonus=1.00**Total=9.00
* 2008: Dividend=7.00, Bonus=1.75**Total=8.75
* 2009: Dividend=7.30, Bonus=1.25**Total=8.55

nampaknyer sebelom2 ni lg besar..haha
 
KEMPEN LABUR OH LABUR / (“Kempen”)
Terma dan Syarat
Kelayakan
1. Kempen ini bermula pada 12:00 a.m. 1 Oktober 2012 dan tamat pada 5:00 p.m. 31 Disember 2012 (“Tempoh Kempen”).

2. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang unit tabung unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”) kecuali semua kakitangan Kumpulan PNB iaitu kakitangan Permodalan Nasional Berhad , ASNB, Pelaburan Hartanah Nasional
Berhad, PNB Equity Resource Corporation Sdn. Berhad, PNB Merdeka Ventures Sdn.Berhad, Amanah Mutual Berhad, PNB Management Services Sdn. Berhad dan PNB Investment Institute Sdn Berhad.

3. Untuk layak menyertai Kempen ini, peserta mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
(i) Peserta mestilah seorang pemegang unit Skim Amanah Saham Bumiputera (“ASB”);
(ii) Peserta telah berjaya membuat pelaburan minima RM2,000 per transaksi dalam ASB (“Pelaburan”);
(iii) Pelaburan mesti dibuat melalui portal perbankan internet ejen-ejen ASNB iaitu melalui www.maybank2u.com.my, www.CIMBClicks.com.my,www.rhb.com.my/RHBNow atau www.AffinOnline.com; dan
(iv) Pelaburan mesti dibuat dalam Tempoh Kempen. Setiap pelaburan yang berjaya akan dianggap sebagai satu (1) penyertaan.

4. Tiada had penyertaan untuk setiap peserta.

Hadiah
1. Sehingga sebanyak lima puluh lima (55) unit ‘new iPad’ akan diberikan setiap bulan iaitu secara agregat sehingga sebanyak seratus enam puluh lima (165) unit ‘new iPad’ akan diberikan sepanjang Tempoh Kempen.
2. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) unit ‘new iPad’ sepanjang Tempoh Kempen.
3. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. ASNB berhak untuk mengganti dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari kepada pemenang melalui mana-mana kaedah komunikasi yang dipilih oleh
ASNB.
4. Pemenang-pemenang akan dimaklumkan serta dihubungi melalui mana-mana kaedah komunikasi yang sesuai yang dipilih oleh ASNB. Sekiranya pemenang gagal menghubungi ASNB menerusi telefon secara peribadi selepas 30 hari dari tarikh makluman, kemenangan akan dibatalkan dan pemenang lain akan dipilih mengikut budi
bicara mutlak ASNB.

Lain-lain Terma dan Syarat
1. Dengan menyertai Kempen ini, peserta telah bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen ini. Keputusan ASNB adalah muktamad dan sebarang rayuan dan/atau pertikaian tidak akan dilayan.
2. Peserta juga bersetuju bahawa melalui penyertaan mereka di dalam Kempen ini, peserta membenarkan ASNB dan ASNB berhak untuk menggunakan nama, butiran peribadi dan gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti, menurut peruntukan
perundangan berkaitan, tanpa membayar sebarang kos atau pampasan.
3. Semua pemenang Kempen ini bertanggungjawab ke atas segala cukai, kadar, fi atau sebarang bayaran yang mungkin dikenakan ke atas mereka menurut undang-undang dan juga kos pemasangan (sekiranya ada), berkaitan dengan hadiah-hadiah dan Kempen ini.
4. ASNB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian, samada secara langsung atau tidak langsung, yang berlaku berkaitan dengan Kempen ini. ASNB juga tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang kejadian bencana semula jadi, peperangan, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang kejadian yang di luar
kawalan ASNB.
5. ASNB berhak untuk meminda, memendekkan, membatal, menggantung atau menamatkan Kempen ini secara keseluruhan atau sebahagian atau untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana terma dan syarat pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari terlebih dahulu melalui www.asnb.com.my atau mana-mana cara komunikasi yang dipilih oleh ASNB.
6. ASNB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian yang ditanggung oleh peserta yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan peserta dalam Kempen ini.
7. Terma dan Syarat Kempen ini akan mengatasi mana-mana peruntukan atau kenyataan berkaitan Kempen ini yang terkandung dalam mana-mana bahan-bahan promosi samada bercetak atau elektronik.
8. Terma dan Syarat Kempen ini tertakluk pada undang-undang Malaysia.
9. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi Terma dan Syarat Kempen ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia dan diterima pakai.

maknanya sepanjang tempoh kempen ni kena buat pelaburan minimum 2000 la yek?.. and macam mana dia kira pemenang nanti?.. terbanyak ke cabutan bertuah ke baling dadu ke?.. :-?
 
maknanya sepanjang tempoh kempen ni kena buat pelaburan minimum 2000 la yek?.. and macam mana dia kira pemenang nanti?.. terbanyak ke cabutan bertuah ke baling dadu ke?.. :-?

komputer baling dadu bro....mana la tau kot nama naik masuk 2k je.:D
 
yg saya punya tu jangan ikut...nnt dividen bulanan terganggu. ikut cara yg betol spt di bawah:

Originally Posted by alphaOne
better..masuk 1/10 2k..
keluar 1/11 2k..
bank in semula 2k pada hari yg sama 1/11..
supaya dividen bulan 10 x terganggu..


syarat penyertaan jelas mengatakan janji ada transaksi masuk 2k ke atas..x kisah la ada kluar masuk-kluar masuk pon...hehehehehe
ntgok nasib je bro. ada rezeki dpt la ipad tu..:D
kl dapat dua ipad bak la satu..:)
saya dh xbole nk invest 2k cash dlm asb..
max cash allowed hanya rm1850 saje..hehe..
sabor jer la..
 
kl dapat dua ipad bak la satu..:)
saya dh xbole nk invest 2k cash dlm asb..
max cash allowed hanya rm1850 saje..hehe..
sabor jer la..

mantap...maximum tu
keluarkan 150 and masuk balik 2k hehehe...
 
:eek:
yg saya punya tu jangan ikut...nnt dividen bulanan terganggu. ikut cara yg betol spt di bawah:

Originally Posted by alphaOne
better..masuk 1/10 2k..
keluar 1/11 2k..
bank in semula 2k pada hari yg sama 1/11..
supaya dividen bulan 10 x terganggu..


syarat penyertaan jelas mengatakan janji ada transaksi masuk 2k ke atas..x kisah la ada kluar masuk-kluar masuk pon...hehehehehe
ntgok nasib je bro. ada rezeki dpt la ipad tu..:D

sy dah wat trf 2k singgit tadi..:D:D
dividen nov tak dapat, janji ada transaksi masuk pertandingan Ipad tu....:eek::eek:
 
kl dapat dua ipad bak la satu..:)
saya dh xbole nk invest 2k cash dlm asb..
max cash allowed hanya rm1850 saje..hehe..
sabor jer la..

Terbaekk..sifu nih..msti laa power..

Dh naik blk thread ni bla hujung thn..ms ni laa sdp dgr rumors2 div thn ni brp drpd sumber2 otai skalian..
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register