BTC USD 81,768.0 Gold USD 4,133.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB

Status
Not open for further replies.
setiap pelaburan PNB diaudit oleh auditor yang bertauliah...
jadi tak perlulah nak speculate macam-macam benda yang korang sendiri tak pasti kesahihannya.

Berterima kasihlah kepada kerajaan kerana memperkenalkan ASB dan pengurusan Permodalan Malaysia Berhad kerana berhempas pulas membuat analisis pelaburan untuk menjana pendapatan kepada para pelabur (yang hanya pandai komplen) di samping menjaga wang-wang pelabur daripada kerugian.

ASB merupakan unit amanah. Tiada sebarang paksaan untuk melabur. Sekiranya korang ragu-ragu atau tidak yakin, bolehla teroka instrumen lain yang korang rasa boleh bagi pulangan yang tinggi.

Fuh satu statement yang mantop:)cgrock

Pokcik sokong 120%
Bersyukurlah dengan apa yg ada...:)paid
 
Analisis pelabur..

setiap pelaburan PNB diaudit oleh auditor yang bertauliah...
jadi tak perlulah nak speculate macam-macam benda yang korang sendiri tak pasti kesahihannya.

Berterima kasihlah kepada kerajaan kerana memperkenalkan ASB dan pengurusan Permodalan Malaysia Berhad kerana berhempas pulas membuat analisis pelaburan untuk menjana pendapatan kepada para pelabur (yang hanya pandai komplen) di samping menjaga wang-wang pelabur daripada kerugian.

ASB merupakan unit amanah. Tiada sebarang paksaan untuk melabur. Sekiranya korang ragu-ragu atau tidak yakin, bolehla teroka instrumen lain yang korang rasa boleh bagi pulangan yang tinggi.

Tiada masalah dgn audited financial statement tu. Cuma kita lihat dari segi strategi perbelanjaan yg dikeluarkan yg boleh mengurangkan dividen yg diisytiharkan. Juga kita faham juga adanya pengurusan risiko dgn menyediakan reserve keuntungan 3-4%.Bonus yg diberikan adalah utk mengekalkan pelabur setia/lama/substantial.

Mmg diperakui pelaburan ASB dijamin gomen selamat,ROI konsisten dan Bumi advantage.Cuma di kalangan kita agak keliru dgn prestasi dividen yg menunjukkan trend semakin menurun sepanjang tahun.

Kalu kita dpt perhalusi pelaburan yg dibuat ASB secara diversify/pelbagai portfolio yg boleh menjelaskan pulangan saham yg tinggi/sederhana/rendah/tiada secara segmental reporting yg bole dibaca dlm laporan tahunan nnti.

Analisis secara kritikal sebegini adalah perlu bagi menegur pihak PNB agar lebih serius utk memiliki saham syariah yg memberi Dividen lebih tinggi dan menjualkan pemilikan dlm kaunter non syariah. Kita faham bahawa para strategist pelaburan di PNB memiliki sekurang2nya kelayakan CFP namun mereka juga tidak dpt mengelakkan diri dari agenda politik/ekonomi negara dan terpaksa akur dlm beberapa keputusan spt pegangan dalam saham2 tertentu, bail out etc. Tapi sekurang2nya dpt mengimbangkan juga keperluan pemilikan ekuiti Bumi dgn ROI yg setara.

Agak berbeza pulak jika dibandingkan dgn Dividen Bank Rakyat 15-20% setahun yg konsisten setiap tahun atas pulangan keuntungan pinjaman jangka panjang yg hampir 0% NPL kerna jaminan bayaran balik pasti drp peminjam setia penjawat awam gomen dan badan berkanun.

p/s: sekadar analisis 1/4 sen.:D
 
hmmm betul tu....

smart biz: brapa sebotol just ni yer?
 
Betul ckp bro. Apa yang saya perasan

1) Trend dividen yang semakin menurun
2) Saham amanah PNB yang lain melabur x patuh syariah spt ASW kurang 15% dari portfolio
 
bila pkerja bersuara pd sesuatu yg 'meragukan',majikan boleh pulak kata 'tiada paksaan utk ko kerja.agak2 blh terima ke? sedangkn sprm pn ada yg tergelincir, polis yg benteras pun ada yg dibenteras. Kita ttp bersyukur apa yg kita dpt,rasanya smua cm tu..tahu bersyukur dan berterima ksh..cuma rsnya ada kekeliruan yg berlaku perlukan perhatian.klu sbb teguran kna berenti kerja.. kena tunduk dan angguk je..xbtul rasanya.msing2 ada pndpt,xpe lh.apa pn :)cgrock
 
Tiada masalah dgn audited financial statement tu. Cuma kita lihat dari segi strategi perbelanjaan yg dikeluarkan yg boleh mengurangkan dividen yg diisytiharkan. Juga kita faham juga adanya pengurusan risiko dgn menyediakan reserve keuntungan 3-4%.Bonus yg diberikan adalah utk mengekalkan pelabur setia/lama/substantial.

Mmg diperakui pelaburan ASB dijamin gomen selamat,ROI konsisten dan Bumi advantage.Cuma di kalangan kita agak keliru dgn prestasi dividen yg menunjukkan trend semakin menurun sepanjang tahun.

Kalu kita dpt perhalusi pelaburan yg dibuat ASB secara diversify/pelbagai portfolio yg boleh menjelaskan pulangan saham yg tinggi/sederhana/rendah/tiada secara segmental reporting yg bole dibaca dlm laporan tahunan nnti.

Analisis secara kritikal sebegini adalah perlu bagi menegur pihak PNB agar lebih serius utk memiliki saham syariah yg memberi Dividen lebih tinggi dan menjualkan pemilikan dlm kaunter non syariah. Kita faham bahawa para strategist pelaburan di PNB memiliki sekurang2nya kelayakan CFP namun mereka juga tidak dpt mengelakkan diri dari agenda politik/ekonomi negara dan terpaksa akur dlm beberapa keputusan spt pegangan dalam saham2 tertentu, bail out etc. Tapi sekurang2nya dpt mengimbangkan juga keperluan pemilikan ekuiti Bumi dgn ROI yg setara.

Agak berbeza pulak jika dibandingkan dgn Dividen Bank Rakyat 15-20% setahun yg konsisten setiap tahun atas pulangan keuntungan pinjaman jangka panjang yg hampir 0% NPL kerna jaminan bayaran balik pasti drp peminjam setia penjawat awam gomen dan badan berkanun.

p/s: sekadar analisis 1/4 sen.:D

analisis ok untuk perbincangan yang sihat tapi bukan merapu seperti bab politik, bail-out, menara warisan, membuncitkan perut,songlap dan sebagainya. Setiap statement perlu bersandarkan fakta, bukti dan para forumer perlu bertanggungjawab kepada setiap posting yang dikeluarkan. Tanpa bukti dan fakta akan menyebabkan berlakunya fitnah dan salah faham terhadap orang ramai.

Amanah Saham Bumiputera merupakan amanah saham yang melabur di pasaran saham. Jadi adalah tidak adil untuk membandingkan ASB dan Bank Rakyat. Seperti kata orang putih compare apple to apple.
Sebahagian besar portfolio Bank Rakyat adalah daripada pinjaman yang dikeluarkan kepada peminjam dan mereka tidak terdedah kepada risiko pasaran saham. Risiko kewangan juga hampir sifar kerana (NPL yang rendah) bayaran balik dibuat terus dari potongan gaji dan sebagainya.Seperti yang saudara kata sebelum ini. ASB juga merupakan amanah saham jenis pendapatan. ASB dilaburkan kepada kaunter saham-saham yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan stabil (dividen). Pendapatan yang dijana ASB tidak berkurang malah meningkat dan ini membolehkan PNB membuat pembayaran dividen dan bonus lebih tinggi (dari segi RM bukan dari segi peratusan).

Beliau berkata, pengagihan dividen itu melibatkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion, meningkat 22 peratus berbanding RM4.86 bilion yang dibayar pada 2009.

"Ini tidak termasuk peruntukan bayaran bonus sebanyak RM603.34 juta,'' kata Ahmad Sarji ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB di Menara PNB di sini.

Pengisytiharan dividen adalah berdasarkan saiz tabungan. Memandangan saiz tabung ASB tiada had, sehingga kini terdapat lebih 82.72 bilion unit ASB yang dilanggan oleh 7.04 juta pelabur ASB dan saiz dana dijangka meningkat setiap tahun memandangkan pelbagai kemudahan untuk melabur yang disediakan seperti pembiayaan ASB, OD dan sebagainya. Ini menjelaskan tren penurunan dividen (dari segi peratusan dan bukannya jumlah RM yang dikeluarkan).

Setiap pelaburan perlu dilakukan dengan berhati-hati ddiikuti dengan analisis kewangan yang mantap untuk mengelakkan sebarang kerugian. Kalau rugi kang ramai pulak yang komplen tapi time untung takde pulak nak puji atau berterima kasih kena komplen lagi adala.:eek:(Pasaran saham bukan tempat untuk berjudi)Kerugian Sime Darby adalah di luar kawalan PNB. Ini salah satu risiko yang perlu dihadapi oleh amanah saham yang melabur di pasaran saham.

Menyentuh sedikit kepada perbelanjaan, sepatutnya PNB boleh impose maksimum 1% yuran pengurusan tapi PNB hanya mengenakan 0.35% sahaja untuk yuran pengurusan. (boleh rujuk laporan tahunan). Tahun ni taktau berapa tapi mungkin sekitar tu. Tu pun ada orang nak komplen:eek:. Selain itu perbelanjaan juga perlu dikeluarkan untuk pembayaran brokerage fee kepada broker/dealer saham. Segalanya ada dinyatakan dalam buku laporan tahunan yang saya pasti hanya sebilangan kecil sahaja daripada kita membuka dan membaca buku tersebut selebihnya hanya berminat pada penyatan dividen dan bonus sahaja

sumber : Utusan

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.50 sen seunit dan juga bonus 1.25 sen kepada 7.04 juta pemegang unit sahamnya.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jumlah agihan dividen itu menyaksikan kenaikan sebanyak 0.20 sen bagi setiap unit, berbanding dividen sebanyak 7.30 sen seunit yang diberikan tahun lalu.

Beliau berkata, pengagihan dividen itu melibatkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion, meningkat 22 peratus berbanding RM4.86 bilion yang dibayar pada 2009.

"Ini tidak termasuk peruntukan bayaran bonus sebanyak RM603.34 juta,'' kata Ahmad Sarji ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB di Menara PNB di sini.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman pula berkata, kenaikan jumlah sumbangan itu diperoleh hasil peningkatan dividen dalam syarikat-syarikat yang dilabur terutamanya oleh Malayan Banking Bhd. (Maybank), walaupun sumbangan daripada Sime Darby Bhd. (Sime Darby) menyusut.

Menurut Hamad Kama Piah, Maybank telah memberi sumbangan dividen sebanyak 55 sen seunit, berbanding lapan sen seunit pada tahun lalu.

Katanya, Sime Darby pula hanya memberi sumbangan dividen sebanyak 10 sen seunit tahun ini, berbanding 20.3 sen pada 2009.

"Kalau dilihat daripada segi pendapatan tahun lepas, jumlah dividen yang diterima adalah kurang daripada 50 peratus," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman dividen dan bonus ASB itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, tahun ini PNB juga dapat mencapai 50 peratus hasil daripada pulangan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburannya.

"Prestasi kita agak baik tahun ini. Walaupun Sime Darby membayar kurang daripada tahun lalu tetapi PNB mendapat dividen tinggi daripada Maybank yang telah beransur pulih,'' katanya.

Selain Maybank, ASB juga menerima sumbangan dividen yang baik daripada syarikat-syarikat pelaburan seperti F&N sebanyak RM1.58 sen seunit berbanding 47 sen pada 2009, Maxis Bhd. pula menyumbang 33 sen seunit berbanding enam sen tahun lalu dan Telekom Malaysia Bhd. 26 sen seunit, naik 1.7 sen.

Malah, tambah Hamad Kama Piah, berdasarkan prestasi baik yang dicapai oleh skim itu, PNB sebenarnya boleh membayar sebanyak 11.4 sen bagi agihan pendapatan ASB.

"Bagaimanapun, Lembaga Pengarah PNB memutuskan untuk membayar 7.50 sen dan bakinya dirizabkan untuk tahun depan,'' ujarnya.

Sehingga 17 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM6.58 bilion, yang mana keuntungan penjualan saham syarikat-syarikat miliknya menyumbang sebanyak RM2.78 bilion atau 42 peratus kepada pendapatan kasar tersebut.

Pendapatan dividen daripada pelaburan syarikat-syarikat miliknya pula menyumbang sebanyak RM3.27 bilion atau 50 peratus kepada jumlah pendapatan kasar.

Pembayaran pengagihan dividen dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing mulai 3 Januari ini.

Semua urus niaga bagi ASB di seluruh negara ditangguhkan mulai semalam sehingga 2 Januari 2011 bagi tujuan pengiraan agihan dividen dan bonus.
 
Last edited:
Tahniah ..Penjelasan yg bagus dan bernas..dah bosan dan muak dgn tuduhan melulu ditujukan kepada PNB...harap harap tiada lagi komen negatif / spekulatif yang tak berasas
 
Alhamdullilah..Ada gak rezeki untuk tahun ni..Moga2 pengurus dana PNB telus dalam melaksana kan kerja diorang, dan memberikan performance yang terbaik dan hopefully takde campur tangan pihak2 luar yang cuba memanipulasi dana2 tersebut..
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register