BTC USD 85,217.6 Gold USD 4,136.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB

Status
Not open for further replies.
Shidi bonus full payment due on 2020

adoih.....kiraan bonus camtu ke????
nak kena tunggu 10tahun baru dapat seketul......
adeh......penat....baru buat je loan 200k.....
dapat div je la nnt ye.....

eloklah bermula skrg drpd tiada apa2. sekurang2nya sdr dah target tahun 2020 kan..:D :)paid
 
PNB hanya benarkan setakat RM260,000 sahaja bro.
RM200,000 pelaburan
RM60,000 bonus/dividen terkumpul

ps: sekarang mungkin dah berubah kut

Jgn risau, apabila dah max 200k, dividen yg diterima boleh dipermodalkan..:)paid
 
News from ASNB Website

Maklumat lengkap dan tepat kat web

http://www.asnb.com.my/news/asb_pendapatan2010.htm


Tarak tipu punya :D

ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.50 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.25 SEN SEUNIT
21 Disember 2010

KUALA LUMPUR : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.20 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2009: 7.30 sen seunit)

Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 22% berbanding dengan RM4.86 bilion yang dibayar pada tahun 2009.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM603.34 juta oleh PNB.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 7.04 juta pemegang unit yang kini melanggan lebih daripada 82.72 bilion unit ASB.

Sehingga 17 Disember, 2010, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM6.58 bilion, di mana keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM2.78 bilion atau 42% kepada jumlah pendapatan kasar tersebut. Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM3.27 bilion, atau 50% kepada jumlah pendapatan kasar, dan selebihnya sebanyak RM0.53 bilion, atau 8%, diperolehi melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.

Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2010. Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula dari 2001 sehingga 2010.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB mulai 3 Januari 2011.

Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB di seluruh negara telah ditangguhkan bermula pada 20 Disember, 2010 sehingga 2 Januari 2011 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

ASB adalah sebuah tabung ekuiti pendapatan berharga tetap yang disasarkan kepada Bumiputera berumur 12 tahun ke atas. Sasaran tabung ASB ialah menjana pulangan jangka penjang yang konsisten dan kompetitif kepada pemegang unit dan pada masa sama, memastikan pengekalan modal pada tahap risiko yang munasabah.
 
PNB hanya benarkan setakat RM260,000 sahaja bro.
RM200,000 pelaburan
RM60,000 bonus/dividen terkumpul

ps: sekarang mungkin dah berubah kut

boleh lebih tu. Tapi kena mintak kat diaorg. Dan bergantung pada budi bicara gak tu.

p/s: pnah tgk satu buku akaun asb 780k. Mcm mana dia buat taktau la. Tapi org agak berada. Aku tgk anak dia bwk mai tunjuk buku pak dia.
 
que panjang kat kaunter 3 januari nanti...
keluarkan div & bon nak topup balik OD..... :))
 
boleh lebih tu. Tapi kena mintak kat diaorg. Dan bergantung pada budi bicara gak tu.

p/s: pnah tgk satu buku akaun asb 780k. Mcm mana dia buat taktau la. Tapi org agak berada. Aku tgk anak dia bwk mai tunjuk buku pak dia.

biasa lah mmg bleh pun tapi ade care coz kwn sendiri dah tgok 330k kt acct ..asb somebody
 
BLR naik dari 5.5% (2009) ke 6.3% (sekarang), naik sebanyak 0.8%, tapi dividend ASB naik sebanyak 0.2% sahaja, dari 7.3% ke 7.5%. yang buat ASB loan tu worst off saje....
 
psl amount bleh invest dlm asb ni, pegawai maybank yg aku slalu berurusan ada explain.
Cnthnye korg dah ada sijil @ saving yg totalnya RM200K pd thn 2010, pd dec thn 2010, klu pnb declare div 7.5%, pd jan 2011 principalt+div korg adalah RM215K. (bonus aku ignore utk memudahkan pengiraan) so, utk thn 2011 tu, max amount u all bley invest kat asb dah jd RM215K. PNB x kan suruh u all kluarkan duit u all tu...
max RM200k yg pnb tetapkan tu, adalah max amount utk kali pertama invest, dan ia bertambah dr semasa ke semasa berdasarkan div yg setiap tahun korg dpt.
ok... aku smbng lg... katakan, korg guna RM15K div thn 2010 tu... so, dlm akaun korg msh ada RM200K pd 2011. katakan pnb declare div 8% plk. so principal+div=RM216K pd thn 2012. wlu duit yg korng dlm tu ada RM216K jer, tp max amount u'all bley inv pd 2012 sbnrnyer adalah RM231K... so klu tahun 2012 tu ada duit gaji@ bonus lebey, bley la topup up to RM231K...
penat menaip...#:-S faham x explaination aku neh... x silap aku skrg dah bley simpan up to RM500K... ni pun kakak maybank tu yg ckp, klu betul kata dia tu betul la, tp klu dia tipu, maksudnyer aku tipu la... haha... papehal, klu nak tau apa2 pasal product pnb ni, call jer hot line diorg,
 
Last edited:
  • Like
Reactions: WnB
BLR naik dari 5.5% (2009) ke 6.3% (sekarang), naik sebanyak 0.8%, tapi dividend ASB naik sebanyak 0.2% sahaja, dari 7.3% ke 7.5%. yang buat ASB loan tu worst off saje....

nevermind la... still untung:)paid
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register