BTC USD 82,729.0 Gold USD 4,125.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB

Status
Not open for further replies.
thn lepas ek?:-?
klu xsilap 8.55sen seunit..
klu aku xslh la.thn ni aku plan cm nk topup lg 20k..
:D

hehe, mantap ni bro, xnk try simpanan len selain asb?
 
hehe, mantap ni bro, xnk try simpanan len selain asb?

ade gk tp tggu dh join 2-3 thn asb bru try investment lain:D
ade gk beli emas 999 utk jd long term investment.
byk nk kna blaja lg bro psl bnda2 investment ni:)
 
btul3, dia dan A.Sarji pun dah lama, byk duit abis kat keje2 CSR..kalu org baru jadi CEO mungkin ROI lebih tinggi..:)cgrock

berapalah elaun pengurusan dan elaun mesyuarat diorg ni ek?:)paid:)paid:)paid
 
PNB: Jangan harap agihan tinggi

PNB: Jangan harap agihan tinggi

KUALA LUMPUR 13 Mac - Adalah mustahil bagi Permodalan Nasional Bhd. (PNB) untuk membuat agihan pendapatan melebihi 10 peratus, seperti yang dinikmati oleh para pelaburnya pada tahun-tahun dahulu.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, ia kerana pulangan yang diperoleh dalam deposit tetap kini hanya sekitar dua dan tiga peratus sahaja berbanding lapan dan 10 peratus pada sekitar pertengahan 1990an.

''Saya tidak menafikan dulu memang kita mampu untuk memberi agihan sebanyak itu tetapi dengan keadaan semasa ia memang sukar.

''Para pelabur tidak bolehlah mengharap agihan pendapatan yang tinggi seperti dulu, sedangkan keadaan semasa tidak sama,'' katanya ketika ditemui selepas pelancaran Pertandingan Kuiz Pelaburan di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab sama ada PNB mampu membuat agihan pendapatan yang tinggi pada tahun ini ekoran pengukuhan bursa tempatan dan pemulihan ekonomi yang semakin teguh.

PNB pernah membuat agihan pendapatan antara 13.75 peratus hingga 10 peratus bagi unit-unit amanahnya pada antara 1996 hingga 2000.

Mengulas lanjut, Hamad Kama Piah menegaskan jumlah agihan pendapatan yang diberikan oleh PNB adalah begitu kompetitif dan berhemah.

''Kalau kita mengambil contoh agihan pendapatan ASB baru-baru ini sebanyak 8.75 peratus adalah begitu baik berbanding pulangan daripada deposit tetap antara dua hingga tiga peratus sahaja,'' tambahnya.
 
agihan 8.75% tp dividen sbnr hanya 7.50%. pelik tgk dia bandingkan ASB dengan fixed deposit... bukan ker ASB tu unit amanah kalau nak compare tu biarlah dgn kategorinya. Cuba dia undur diri kita tgk org lain leh bagi lebih tinggi ker tak. Selagi dia duk pegang ASB aku pikir div lebih 10% susah nak bagi kalu dinilai drp cara dia cakap mcm tu tadi...
 
ntah.. mengong punya perbandingan. ingat rakyat semua b0do o0t...
 
hehe..sia2 jer jd CEO kalau fikiran dangkal sebegini..
suh pihak asb invest kt emas jelah..senang..
 
KUALA LUMPUR 18 Mac - Biarpun ditawarkan jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dan Talent Corporation, tawaran AirAsia Bhd., ternyata lebih menambat hati Tan Sri Rafidah Aziz (gambar).

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu memilih tawaran syarikat swasta itu selepas teruja dengan visi, aspirasi dan perluasan operasinya, sekali gus menyebabkan Rafidah tidak mampu menolak pelawaan menjadi Pengerusi AirAsia X.

AirAsia X merupakan syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh milik AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah yang dimiliki oleh tokoh korporat Tony Fernandes.

Menurut Rafidah, beliau ditawarkan jawatan tersebut pada Januari 2011 selepas benar-benar 'terpikat' dengan strategi AirAsia X dalam mengembangkan operasi mereka.

Beliau yang melahirkan rasa kekaguman terhadap cara AirAsia berkerja, tanpa berfikir panjang menerima pelawaan syarikat itu.

Selain itu, kata Rafidah, sebagai sebuah swasta, AirAsia turut memberi fleksibiliti termasuk kebebasan bekerja dari rumah berbanding tatacara bertugas di syarikat-syarikat milik kerajaan.

Mengulas lanjut Rafidah berkata, jawatan yang disandangnya itu bukan untuk bermegah-megah, sebaliknya timbul tanggungjawab untuk membantu AirAsia X 'terus terbang tinggi'.

''Sedar atau tidak, kewujudan AirAsia dan AirAsia X telah memberi peluang berjuta-juta orang yang tidak terfikir pun boleh menaiki kapal terbang, mampu menggunakan perkhidmatan itu pada hari ini.

''Bukan di Malaysia sahaja, malah warga England dan Perancis yang kurang berkemampuan kini boleh terbang ke Malaysia dan negara-negara lain dengan adanya AirAsia X.

''Jadi, saya akan membantu AirAsia X untuk mendapatkan lebih banyak laluan supaya AirAsia mampu menjadi sebuah syarikat penerbangan yang hebat setanding syarikat-syarikat lain di dunia,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tanpa berahsia, Rafidah memaklumkan, beliau bersama AirAsia kini berusaha untuk mendapatkan laluan ke Jeddah di Arab Saudi dan Sydney di Australia.

Katanya, sebenarnya Malaysia akan rugi besar sekiranya tidak membenarkan AirAsia X berkembang kerana ramai rakyat negara ini dan serantau yang mahu mengerjakan umrah telah menggunakan perkhidmatan penerbangan lain kerana tambangnya murah.

''Rakyat Malaysia sendiri pergi ke Indonesia menggunakan Garuda ke Jeddah, semata-mata untuk menikmati tambang murah.

''Jadi, kalau AirAsia X mampu memberi tambang murah untuk membolehkan lebih ramai orang termasuk pakcik, makcik di kampung mengerjakan ibadah, apa salahnya,'' tegasnya.

Katanya, jangan tidak tahu, ramai orang Malaysia sanggup ke Singapura untuk ke Sydney, juga untuk mendapatkan harga tambang kompetitif.

''Kalau AirAsia X boleh menawarkan harga yang sama (murah) mengapa tidak diberi peluang kepada mereka?,'' kata Rafidah.

Ditanya pandangan beliau tentang dakwaan kononnya wujud persaingan sengit antara AirAsia dan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Rafidah berkata, anggapan itu tidak betul kerana kedua-dua syarikat memiliki pasaran cukup berbeza.

''Secara asasnya pun semua orang tahu MAS adalah syarikat penerbangan premium dan AirAsia tambang murah, mana boleh sama, mana boleh syarikat premium bersaing dengan tambang murah.

''Kalau penumpang yang mahu selesa mereka akan menggunakan MAS dan sekiranya penumpang tidak kisah dengan perkhidmatan bajet, asalkan boleh terbang ke destinasi, mereka akan memilih AirAsia.

''Senang cakap, bot laju dengan kapal mewah mana sama,'' tambah beliau.

Rafidah turut melahirkan rasa kehairanan kenapa ada pihak yang tertentu lebih rela melihat MAS bersaing dengan Singapura dan Emirates berbanding dengan syarikat swasta negara sendiri seperti AirAsia.

Katanya, persaingan antara MAS dan AirAsia sepatutnya dilihat dari sudut positif kerana AirAsia adalah syarikat tempatan yang telah banyak menjana pertumbuhan industri pelancongan dan rantaian bagi sektor tersebut.

Jelasnya, sama ada sedar atau tidak, setiap kemasukan seorang pelancong, secara kasarnya ia memberi impak 12 kali ganda pulangan kepada negara yang dilawati.

Malah, secara sinikal Rafidah berkata, MAS adalah sebuah syarikat GLC dan sekiranya ia tidak mampu bersaing, jangan berada dalam persaingan tersebut.

''Persaingan dalam sektor swasta adalah amalan biasa di kalangan mereka dan itulah 'semula jadi' mereka. Mentaliti syarikat swasta memang begitu.

''Semasa saya di MITI dulu, saya tengok Top Glove dan Supermax mengeluarkan produk sama tetapi kedua-duanya bersaing di peringkat global.

''Dan, mereka berjaya. Apakah salahnya sekiranya MAS dan AirAsia juga seperti itu?,'' kata beliau.

Menurut Rafidah, sekiranya AirAsia berjaya, kejayaan syarikat penerbangan itu bakal memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

''Kalau diberi peluang banyak destinasi, AirAsia akan memiliki lebih banyak kapal terbang, sekali gus memberi kesan rantaian kepada perniagaan penyelenggaraan kapal terbang dan yang berkaitan dengan industri tersebut,'' katanya.

Lihat sahaja Dubai, negara itu bukan besar tetapi ia memiliki rangkaian besar dalam sektor penerbangan dan Malaysia juga mampu menjadi seperti itu sekiranya semua pihak berfikiran terbuka.

"Yang penting sekarang kita perlu membina pasaran supaya Malaysia mampu menjadi hab atau pusat penerbangan yang lebih besar.

"Dalam hal ini, MAS harus berfikiran terbuka kerana persaingan adalah hakikat dalam perniagaan,'' ujarnya.

sumber: utusan malaysia

maknanya PNB pun nak cari pengerusi baru. elok sangatla kalau yg skrg rasa tak mampu bagi tinggi kita bagi peluang yg rasa mampu.betul tak...
 
Tan Sri Hama Kama Piah nak berundur

KUALA LUMPUR 15 Mei – Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman membayangkan bakal penggantinya adalah ‘orang dalaman’ entiti itu dan barisan pelapis pengurusan kanan sudah tersedia untuk meneruskan kecemerlangan firma pelaburan itu.

Beliau menambah, barisan kumpulan pengurusan kanan PNB kini berjumlah 14 orang yang memegang pelbagai jawatan daripada timbalan presiden, ketua pegawai dan naib presiden kanan yang mengepalai pelbagai jabatan.

Meskipun enggan mendedahkan individu yang telah dikenalpasti paling layak untuk menggantikan beliau, Hamad Kama Piah berkata, barisan pelapis itu mempunyai sejarah yang panjang di PNB dan telah diberikan pendedahan yang secukupnya.

Malah, katanya, kebanyakan mereka sudah berpengalaman antara 25 hingga 27 tahun.

‘‘Mereka ini bukan sahaja mempunyai kelayakan tetapi sudah begitu lama berkhidmat di PNB.

‘‘Lebih penting lagi barisan pengurusan kanan ini berkemampuan memahami peranan PNB dan isu-isu yang perlu ditangani,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Hamad Kama Piah berkata demikian ketika ditanya tentang pelan perancangan pengganti beliau sekiranya bersara kelak berikutan terdapat pandangan yang meragui PNB mempunyai barisan pengurusan pelapis yang mantap dan berkaliber.

Hamad Kama Piah, 58, kini berkhidmat secara pelantikan kontrak, telah menerajui PNB sejak 1998 mengakui jumlah kakitangan pengurusan tidak ramai tetapi bilangan yang sedia ada cukup dinamik.

‘‘Seperti yang saya selalu katakan, PNB bukan organisasi yang biasa kerana kami dipertanggungjawab untuk menguruskan dana rakyat dan memberi pulangan kompetitif.

‘‘Perlu ingat, isu-isu yang perlu ditangani juga bukan mudah kerana jangkaan rakyat negara ini terhadap PNB cukup besar,’’ ujarnya.

Contohnya, kata Hamad Kama Piah, kejadian sewaktu krisis kewangan pada 1998 yang mana berlakunya penebusan besar-besaran unit amanah oleh para pelabur benar-benar mencabar keupayaan PNB.
‘‘Bayangkanlah ketika itu suasana ekonomi negara amat sukar sekali , ramai pula pelabur melakukan penjualan semula,’’ kata beliau.

Namun, berkat kecekapan barisan pengurusan, PNB berjaya mengelak keadaan lebih buruk sebelum kemudiannya kembali melonjakkan prestasi untuk berada di kedudukan lebih baik.

PNB kini mempunyai pelabur seramai kira-kira 10.4 juta orang dengan jumlah dana yang diurus mencecah RM189 bilion atau 15 peratus daripada modal pasaran di Bursa Malaysia.

Selain itu, jumlah unit dalam edaran kini mencapai 127 bilion berbanding 500 juta pada awal penubuhannya. Malah, jumlah agihan pendapatan turut bertambah berkali-kali ganda daripada RM76 juta pada 1981 kepada RM8.2 bilion pada tahun lalu.

Biarlah dia berehat kita tengok tenaga baru pula. Harap selepas ini dividen ASB kembali tinggi macam dulu. amin...
 
harap2 lepas ni dividen cecah 8-10 % tiap2 tahun
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register