BTC USD 84,509.0 Gold USD 4,287.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Div interim AHB 2.17 Sen !!

betul ke hari ni div dikreditkan ke akaun mybank...??
dah check kt maybnk2u...x nmpak pun....:(scam:(scam
 
PHB Umum Agihan Pendapatan 2.17 Sen

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), unit Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, mengumumkan agihan pendapatan pertamanya sebanyak 2.17 sen seunit bagi Amanah Hartanah Bumiputera Unit Trust Fund (AHB) bagi tempoh kira-kira empat bulan yang berakhir pada 31 Mac, 2011.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mayban Investment Management Sdn Bhd (MIM), Nor' Azamin Salleh berkata agihan pendapatan itu melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM19 juta.

"Agihan pendapatan yang dikecualikan cukai akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit Isnin depan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Tahun kewangan AHB berakhir pada 30 Sept. Agihan pendapatannya, jika ada, akan dibuat atas dasar enam bulan bagi tempoh yang berakhir pada 31 Mac dan 30 Sept setiap tahun.

Sementara itu, Pengarah Urusan/CEO PHB Datuk Kamalul Arifin Othman berkata daripada 60,000 pemegang unit AHB, hampir 40,000 merupakan pelabur kecil yang melabur antara RM500 dan RM1,000.

"Ini menunjukkan dana ini diterima baik oleh kumpulan Bumiputera pendapatan rendah hingga sederhana yang seiring dengan objektif PHB untuk mencapai rakyat secara keseluruhan," katanya.

Beliau berkata PHB merancang untuk menawarkan 500 juta lagi unit AHB menjelang akhir tahun dengan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Kamalul berkata PHB berhasrat membeli lebih banyak aset siap dan yang mendatangkan hasil, menambah simpanan tanahnya dan meneroka kepada lebih banyak projek pembangunan hartanah.

Pada masa ini PHB mempunyai 60 hektar tanah di Lembah Klang dan Pulau Pinang dengan nilai pembangunan kasar dijangka bernilai lebih RM2 bilion, katanya.

Beliau berkata pasaran hartanah akan sentiasa dalam aliran menaik dan akan kekal positif dalam negara.

AHB, dana unit amanah hartanah yang mematuhi syariah berharga tetap, dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Nov tahun lepas.

Ia bertujuan membolehkan pelabur Bumiputera mengambil bahagian dalam pemilikan benefisial hartanah dengan pelaburan permulaan minimum RM500.

Ia diuruskan oleh MIM dan pemegang amanah ialah AmanahRaya Trustees Bhd.



-- BERNAMA

:)paid:)paid:)paid:)paid

boleh lah....huhuhuhu




aku refer ayat yg dibold diatas. sepatutnya hr ni la kan.
 
aku cek maybank2u aku xde pun..rm10 huhuhu..aku congak2 untung aku rm 10.00++ je AHB ni
 
sesiapa yang nak tambah AHB blh try hujung bulan ni lah. Saya rasa ramai yang akan keluar pelaburan. Jadi dana tak payah tambah pun ok kut
 
LOI aku kata, 31/1/2011 200k dah dikreditkan. AKu check div aku hanya 1764.23 ??????

AHB bukan kira balance akhir setiap bulan kah ?

0.0217 x 200, 000 = 4340.00

end Jan 2011
end Feb 2011
end March 2011

div kali ni kan utk 4 month ?

kalao kira 3/4 sepatutnya 3255 kan???? grrrr
 
aku cek mbb2u td, dptla RM645.71 setelah melabo 30k... Yahooo...:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
LOI aku kata, 31/1/2011 200k dah dikreditkan. AKu check div aku hanya 1764.23 ??????

AHB bukan kira balance akhir setiap bulan kah ?

0.0217 x 200, 000 = 4340.00

end Jan 2011
end Feb 2011
end March 2011

div kali ni kan utk 4 month ?

kalao kira 3/4 sepatutnya 3255 kan???? grrrr



gilos, lari banyak ooo, payment dah sah dah bayar 3k lebih.
 
Back
Top
Log in Register