rasanya banyak yang salah faham.
sejak dari awal lagi PHB tidak pernah menjanjikan dividen minimum 6% setahun.
tapi lebih malang lagi ada yang anggap oleh kerana bayaran dividen dua kali setahun, ramai yang anggap dividen 12% setahun.
konsep sebenar melabur guna wang yang berlebihan dan bukan dengan melalui pinjaman.
tapi hari ni ramai yang ambil peluang buat pinjaman untuk melabur sebab kadar pembiyaan (islamik) atau pinjaman (konvensional) yang rendah untuk melabur dengan harapan dividen yang diterima boleh beat rate pembiayaan/pinjaman. bila terjadi perkara sebegini (dividen rendah dari yang diharapkan) tak wajar salahkan bank. sebab memang itu kerja diorang buat promosi tarik pelanggan buat pinjaman.
apapun ni cuma dividen interim, dividen penuh kita tak tahu lagi.kalau pendapatan dari sewa bulanan je memang tak banyak. tunggula bila ada urusan jual beli bangunan. dari situ memang boleh buat duit banyak
pada sesiapa yang buat pinjaman untuk melabur tu hati-hatila. tak selamanya dividen pelaburan korang boleh beat rate pinjaman. sebab boleh jadi kadar BLR/BFR naik atau boleh jadi dividen tahun tu kurang. langit tak selalunya cerah. semua pelaburan ada risiko. tapi kalau pelaburan akhirat memang Allah dah janjikan bahagiannya.
nota kaki
kalau tak silap dulu ada member CG yang cakap pendapatan dari AHB dikenakan cukai. tak taulah dah dapat pengecualian ke tak.