BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diusir kerana sebut 'insya-ALLAH'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki Muslim diusir keluar dari pesawat di Amerika Syarikat (AS) kerana menyebut 'insya-ALLAH' sewaktu berbual dalam telefon.

Khairuldeen Makhzoomi, 26, graduan kolej Berkeley, diusir keluar dari pesawat komersial Southwest Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, menurut laporan akhbar The Independent, kelmarin.

Sebaik sahaja menaiki pesawat dan duduk di kerusi, Makhzoomi menelefon pakciknya di Baghdad, Iraq untuk menceritakan pengalamannya bertemu Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Sebelum mengakhiri perbualan, Makhzoomi menyebut Insya-ALLAH yang didengari seorang penumpang wanita tidak jauh darinya. Tidak sampai dua minit kemudian, dua anggota polis tiba dan meminta beliau keluar dari pesawat.

"Saya tidak sangka mereka datang dengan begitu pantas," kata Makhzoomi kepada stesen berita CNN.

Selepas turun dari pesawat, bagasi-bagasi miliknya diperiksa pihak polis menggunakan anjing pengesan dan dompetnya dirampas.

"Amerika adalah sebuah negara bebas. Rakyat menghormati undang-undang tetapi apa yang berlaku kepada saya cukup memalukan," tambah Makhzoomi.

Syarikat penerbangan tersebut tidak membenarkan Makhzoomi menaiki semula penerbangan itu. Dia terpaksa menempah penerbangan lain.

Sementara itu, jurucakap Southwest Airlines, Brandy King dalam satu kenyataan berkata, Makhzoomi disiasat pihak berkuasa kerana mengeluarkan perkataan kononnya mengancam keselamatan. - Press TV
 
Ini adalah salah satu dari hadis nabi yg telah menjadi kenyataan sekarang. Diakhir zaman umat islam begitu ramai tapi umpama buih dilautan. Allah telah mengangkat rasa gerun dari org2 kafir. Lihat saja keadaan dinegara kita...sungguh menyedihkan
 
baru sebut InsyAllah dah takut ... kuasa sebutan nama Allah mmg mengerunkan.... mcm mana agaknya rakyat amerika nie dengar kita berzikir agaknya... mau nyorok masuk hutan badan mengigil...
 
misi Islamophobia telah dilakukan dgn jayanya oleh puak zionis...hasil kerjasama dr puak kuffar yg benci Islam dan khawarij serta syiah.
 
Ini adalah salah satu dari hadis nabi yg telah menjadi kenyataan sekarang. Diakhir zaman umat islam begitu ramai tapi umpama buih dilautan. Allah telah mengangkat rasa gerun dari org2 kafir. Lihat saja keadaan dinegara kita...sungguh menyedihkan

setuju tuan...
 
Eh2... Nasib sini tempat awam... Klau x dah nk maki dh kt sini... Hahaha

Xpe la... Skurang2 nye klau flight tu terhempas tuan ni selamat... Mgkin Allah nak pelihara org ni kan...
 
Benci Islam punya pasal.

Teruskan Istiqamah.


'Southwest Airlines'?

Tak popular pun.

Poyo jer lebih.
 
Last edited:
den tertanyo-tanyo, adakah lelaki ini;
a. bercakap bhso arab maso tepon pakcik dio?
b. bercakap bhso inggris maso tepon pakcik dio & diselang2 dgn lafaz insyaAllah?

raso mcm sebab A&B mungkin org syak dio teroris

apo pun dimano bumi dipijak meh kito amalkan Islam
 
Back
Top
Log in Register