eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Selepas 21 hari pernikahan dengan pelakon Noniswara, Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dakwaan mencederakan bekas isteri kedua, empat tahun lalu.
Rosman, 52, didakwa sengaja mencederakan Azura Ibrahim, 37, di Tingkat 3, Plaza Kuala Lumpur, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, jam 12.30 tengah hari, pada 8 April 2005.
Dia yang tidak mengaku bersalah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau dikenakan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ini kes saman, justeru Rosman berada di luar kandang tertuduh. Dia diwakili peguam Firuz Jaffril.
Majistret Mohd Faizi Che Abu membenarkan jaminan RM15,000 dan menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu sebelum prosiding pasangan berkenaan dilihat bertikam lidah berhubung kes difailkan Azura.
Azura hadir seorang diri sempat mengejek bekas suami membuat memek muka, tanpa disedari Rosman