BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditipu selepas 11 kali urusan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
JOHOR BAHRU – Seorang peniaga seolah-olah tidak percaya ditipu pembekal kad tambah nilai selepas 11 kali berurus niaga melalui atas talian dengan seorang lelaki dipercayai menjalan perniagaan tersebut.

Mangsa, Anuar Kasah, 41, berkata, pada awal Januari tahun ini, dia menerima sistem pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan perniagaan kad tambah nilai.

Menurutnya, urus niaga yang berjalan selama dua bulan tidak pernah menimbulkan masalah sehingga dia dengan penuh kepercayaan memasukkan wang berjumlah RM15,500 ke akaun lelaki terbabit untuk kad tambah nilai sebanyak 1,800 keping.

“Sebelum ini saya ambil kad tambah nilai melalui ejen yang dikenali dengan keuntungan sekitar RM0.30 sekeping, tetapi dia menawarkan keuntungan RM1.50 sekeping.

“Pada mulanya saya agak waswas, tetapi duit yang saya masukkan ke akaun sebelum ini akan disusuli dengan kad tambah nilai yang dihantar dalam masa tiga hari hingga seminggu,” katanya pada pemberita, di sini, semalam.

Bagaimanapun katanya, tempahan yang dibuat pada Mac sebanyak 1,800 keping bukan sahaja tidak diterimanya, malah lelaki terbabit juga gagal dihubungi.

Menurutnya, dia meminta kerjasama lelaki itu supaya menghubunginya untuk berbincang sekiranya mempunyai masalah atau tindakan mahkamah akan diambil dalam masa terdekat.

“Kalau boleh memang saya nak duit saya balik, tetapi sekiranya berpeluang saya minta dia hubungi saya untuk kita berunding kerana jika dia masih gagal dihubungi, saya akan mengambil tindakan undang-undang.

“Ini satu pengajaran kepada saya kerana begitu mudah mempercayai orang yang tidak dikenali untuk berurusan perniagaan tanpa sebarang surat hitam putih,” katanya yang telah membuat laporan polis di balai polis Setia Indah, bulan lepas.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Aduan Masyarakat Bahagian Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon berkata, pihaknya akan membantu Anuar untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya diperlukan.

Menurutnya, orang ramai sepatutnya lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai helah untuk melakukan penipuan pada masa kini.

“Ini kes pertama yang kita terima dan akan bantu untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya lelaki berkenaan masih gagal dihubungi untuk mengadakan perbincangan,” katanya.
 
yang 10 kali tu jerat je.... dulu tokey prepaid kattempat aku pun kena mcm ni lah.... deal yang last melayang 70k
 
hahaha..
mcm knal je tektik ni..
popular kt cg ni..
hahaha
 
bahaya2
Dah biasa pon leh tertipu
 
biasa tu tu tunjuk rating terbaik tu....bila kepercayaan tu smkin nak membeli dgn nilai bnyak..aperlagi tarik terus..
 
profit margin sampai 15% ....memang compom la kena scam ...
 
Back
Top
Log in Register