BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditipu pajak gadai Islam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Abdul Salim Putera menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Pekan Baru semalam. 30 kes curi motosikal

image.jpg

Abdul Salim Putera memaparkan jumlah upah simpanan bulanan yang tidak sampai RM450 sebulan.

IPOH – Sepasang suami isteri mendakwa ditipu sebuah bank yang menjalankan sistem pajakan emas Islam atau Ar-Rahnu berikutan perlu membayar satu jumlah yang besar hanya untuk memperbaharui surat gadaian.

Lebih memburukkan keadaan, bank tersebut mengenakan RM 2,649.90 jika mereka mahu memperbaharui empat surat gadaian tersebut.

Abdul Salim Putera Ahmad Shibi, 39, mendakwa, apa yang lebih menyedihkan dia tidak dimaklumkan oleh pihak bank tentang prosedur baru yang dikenakan.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan pihak bank bahawa saya perlu membayar jumlah berkenaan jika mahu memperbaharui empat surat gadaian ketika datang ke pejabat mereka di Jalan Sultan Idris Shah.

“Bila saya persoalkan perkara itu, pihak bank memberi penjelasan bahawa mereka mempunyai hak untuk tidak memberitahu pelanggan dan prosedur tersebut dikuatkuasakan seminggu lalu. Walhal sebelum ini pelanggan hanya perlu bayar upah simpanan bulanan sahaja,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Baru, semalam.

Abdul Salim merasa tertipu apabila bank tersebut tidak langsung menghubunginya atau menerangkan kepadanya prosedur tersebut yang nyata amat membebankannya.

“Saya pilih bank berkenaan kerana mereka tawarkan gadaian cara Islam. Namun apabila terjadi kes seperti ini saya amat kecewa malah apabila saya siasat, ramai lagi yang terkena seperti saya.

“Sikap bank berkenaan seolah-olah mencekik darah pelanggan kerana menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya selain mengubah prosedur sesuka hati," katanya.

Abdul Salim turut membuat laporan di Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan berharap pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/ditipu-pajak-gadai-islam-1.165181
 
bank mana nih...ambe pun ade memajak gak....erkkk
 
adoiyyaiii..sebut lerr nama bank..
senang sket pengguna lain nk pantauu..
aperr daaa....

sistem gadaian islam..yg udah tergadai keislaman nyer..
apolahh nak jadikk
 
ini kes pajak time rega tinggi..pastu gadaian expired time rega rendah..mmg kn tambah ler...based on my experience
 
Kan senang kalau sebut nama bank
 
wartawan mangk0k manela tulis artikel x sebut nama bank,nyusahkan jerrr..
 
kalau dah report ke Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), bank koperasi la tu.. ada berapa kerat koperasi jadi bank kat malaysia ni? boleh teka..
 
Back
Top
Log in Register