eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: ‘Habis madu sepah dibuang’, itulah nasib seorang wanita yang kini melarat selepas ditinggalkan suami dikahwininya tiga tahun lalu.
Lebih malang lagi, wanita terbabit, Zhou Fang Fang, 44, seorang warga China kini terlantar selama lapan hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang akibat mengalami angin ahmar dan sesak nafas namun suaminya, Low Kong Choo, 40, terus menghilangkan diri.
Menurut kakak mangsa, Zhou Su Lian, 52, dia menerima berita buruk itu melalui surat yang dikirim kawan rapat adiknya di sini memaklumkan keadaan adiknya yang kritikal.
“Selepas mendapat surat itu, saya datang ke Malaysia dari Shanghai, China bersama seorang saudara untuk mendapatkan cerita sebenar mengenai kejadian yang menimpa adik saya itu.
“Alangkah sedihnya apabila melihat adik saya terlantar di hospital tanpa dipedulikan sesiapa. Menerusi teman baiknya, kami dimaklumkan suami adik saya sudah menghilangkan diri sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini semalam.
Beliau berkata, pihak hospital kini mencari adik iparnya itu untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pembedahan ke atas isterinya.
“Setelah berkali-kali menghubunginya melalui telefon bimbit, adik ipar saya itu berjaya dihubungi dan berjanji untuk datang ke hospital, namun tidak muncul seperti dijanjikan.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, sepanjang tahun ini, pihaknya menerima 20 kes berkaitan isteri warga asing yang ditinggalkan suami rakyat tempatan.
“Dari keseluruhan itu, lapan daripadanya membabitkan wanita warga China manakala selebihnya dari Filipina, Indonesia dan Vietnam.
“Masalah ini kian serius berbanding hanya sembilan kes dilaporkan tahun lalu. Kita menasihatkan supaya suami lebih bertanggungjawab kerana ada isteri ditinggalkan tanpa permit sah dan menyalahi undang-undang sedia ada,” katanya.