BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditarik ombak ketika bergambar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Anggota bomba meninjau persisiran pantai ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa dikhuatiri lemas petang, semalam.
< 1 / 1 >
KEMAMAN – Dua pekerja am Kilang Eastern Steel Sdn Bhd dikhuatiri lemas selepas ditelan ombak ketika sedang mengambil gambar selepas mandi-manda di Pantai Teluk Kalong, Kijal, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, dua pekerja warga China, Zhang Xuefeng, 39, dan Wanghai, 45, dipukul ombak ketika sedang berada di atas batu di pantai berkenaan selepas mandi bersama enam lagi rakan lain.

Selepas ditelan ombak, dikatakan seorang daripada mangsa timbul di permukaan air dan tersekat di celah batu, namun susulan ombak besar kelibat mangsa akhirnya hilang sebelum dia sempat diselamatkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Risikin Satiman berkata, susulan kejadian berkenaan, usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan oleh Rescue Team Ibu Polis Daerah (IPD) Kemaman.

“Rescue Team ini terdiri daripada 22 anggota diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Inspektor Mohd Khairi Abdullah.

“Operasi turut mendapat kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat Chukai dengan 16 anggota,” katanya.

Bagaimanapun, operasi terpaksa dihentikan kira-kira jam 7 petang disebabkan cuaca gelap, air pasang dan ombak besar.

Katanya, susulan itu Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dibuka di kawasan kejadian yang diketuai Sarjan Shaari Ahmad bagi memantau tempat kejadian dan membuat rondaan di sepanjang persisiran pantai.

Menurut Risikan, operasi akan disambung semula seawal jam 7 pagi hari ini.

Sementara itu, beliau berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pihak berkaitan yang menjaga pantai, dapat menyediakan papan amaran yang lengkap dengan banyak bahasa dan mudah dilihat bagi memberi peringatan kepada pengunjung pantai agar tidak mandi di pantai berbahaya.

“Selain itu, diharap bendera merah juga dapat diletakkan dan dikibarkan di kawasan pantai sebagai tanda amaran tidak boleh mandi, tambahan lagi pada musim tengkujuh sekarang.

“Ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau pergerakan anak-anak dan melarang mereka daripada menghampiri pantai dengan keadaan laut bergelora dan ombak besar seperti sekarang,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/ditarik-ombak-ketika-bergambar-1.236335
 
skrg ni jgn gatal2 nak mandi kat pantai area pantai timur ni...bahaya.
 
tgh cuti kan..sume nak mandi manda
 
Skrg ni mana2 pun bahaya...

klu nk jugak bawak anak main
air, tak lain dah kecuali
kat SINI je...

:D:D
 
sebaiknya dijauhkan dari berada ditepi pantai.
 
semoga jumpalah mangsa ni..

bahaya lani main kat pantai..

pakat2 beringatlah..
 
dah tau ombak giler2 gagah jugak diaorg nak dok tepi pantai
 
Back
Top
Log in Register