eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PUCHONG: Seorang wanita berusia 47 tahun yang baru dua hari bekerja di sebuah premis permainan komputer hanya mampu termenung apabila ditahan dalam operasi membanteras pusat perjudian di Taman Kinrara di sini, semalam.
Difahamkan, pusat perjudian yang berselindung di sebalik kafe siber itu sudah dua kali diserbu dalam tempoh tiga bulan, bagaimanapun, tauke premis terbabit masih berdegil.
Operasi lebih dua jam semalam bermula jam 12.15 tengah hari itu dilakukan sepasukan 10 anggota polis berserta dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bersama anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Dalam operasi berkenaan, sebanyak 24 mesin judi dirampas daripada tiga pusat perjudian yang diserbu manakala dua pekerja ditahan iaitu seorang lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun dan wanita berkenaan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata serbuan itu dibuat hasil risikan Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) IPD Subang Jaya serta maklumat awam.
“Seorang wanita berusia 47 tahun yang baru bekerja dua hari di salah satu premis diserbu itu ditahan untuk siasatan lanjut. Pihak kami turut menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun di sebuah premis lain yang diserbu.
“Kedua-dua yang ditahan itu adalah penjaga pusat perjudian terbabit. Polis sudah merampas semua komputer berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(B) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
“Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan denda RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan penjara lima tahun,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati salah satu premis terbabit dipercayai baru saja diserbu, tetapi tauke judi itu tetap degil meneruskan operasi.
Sementara itu, pekerja warga Bangladesh terbabit, ketika ditemui berkata, dia mengalami malang berganda apabila sudahlah ditahan, malah gaji bekerja di situ pun belum dapat.
“Saya kerja tak sampai sebulan, gaji pun belum dapat lagi. Sekarang ditahan polis pula. Dengan majikan terdahulu juga tidak dibayar sesen pun,” katanya sebelum ini yang bekerja sebagai buruh kasar.