BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dispatch Adalah Pelancar Android TV Bebas Iklan Dengan Integrasi Plex

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Android TV dan Google TV adalah antara platform televisyen pintar yang mesra ramai pengguna. Ini kerana kebanyakan televisyen dengan dua platform kini boleh didapatkan dengan harga mampu milik. Namun begitu, tanpa Google TV – televisyen dengan Android TV mempunyai kekurangan ciri menarik seperti cadangan kandungan yang lebih pintar. Kemudian, kedua-dua platform ini pula telah mula mempunyai iklan walaupun televisyen itu adalah dalam keluarga mercu. Dispatch yang baru dilancarkan cuba mengubah perkara ini.

Dispatch-Plex-Android-TV-03.webp


Dispatch adalah pelancar untuk Android TV dan Google TV. Ya, pelancar seperti pada telefon Android yang anda pernah gunakan. Nova Launcher, Lawnchair dan lain-lain, cuma ini adalah versi televisyen. Menariknya, Dispatch dibangunkan dengan integrasi Plex iaitu platform popular mengumpulkan filem dan siri TV dalam satu hab mudah diakses. Bukan itu sahaja, Dispatch juga adalah pelancar yang bebas iklan, memberi pengguna pengalaman penggunaan yang lebih mengasyikkan ketika menonton televisyen.

Dispatch-Plex-Android-TV-01-scaled.webp


Pelancar televisyen pintar platform Android ini turut dilengkapi dengan ciri kustomasi menarik seperti menyusun lajur kandungan yang hanya digemari pengguna. Dispatch percuma untuk dimuat turun di Play Store dengan percubaan selama 14 hari. Harga langganan di Malaysia adalah RM4.99 sebulan atau beli RM50.99 untuk guna selamanya.

Dispatch-Plex-Android-TV-02.webp
 
Back
Top
Log in Register