Aku rasa sesetengah kita tahu gambar di bawah ni. Sekarang harga emas dah 5257. Ni post untuk pelajaran. Tak kiralah buy ke sell ke. Zaman ni aku dah lalu. Nak tunjuk hebat padahal realiti banyak terbakar dan aku takut dengan diri sendiri. Akhirnya aku rasa tak berguna pun cari perhatian ni.....Nanti satu masa akan terbakar dan terbakar lagi style kek lapis ni. Benda dah jadi habit susah nak tinggal susah nak buang.
Kalau korang baca PDF Lesson from the Great. The greatest traders ni cakap benda yang sama. Money management, risk management. Dan tahu berapa rugi. Size position takkan sama. Dan aku sendiri alami, apa yg mereka kata tu betul. Fasa terakhir ataupun korang nak tahu korang dah tergolong 5% ni adalah MM. Baca market tu pun 1 hal juga tapi terer mana pun, MM hancur, lambat laun terbakar juga. Mereka kata benda sama, fasa 5% adalah salah satunya adalah MM.
Dan jangan sakitkan kepala nak tangkap top gold ni. Jesse Livermore ada kata
One of the most helpful things that anybody can learn is to give up trying to catch the last eighth – or the first. These two are the most expensive eighths in the world.
I think it was a long step forward in my trading education when I realized at last that
when old Mr. Partridge kept on telling the other customers, 'Well, you know this is a bull
market!' he really meant to tell them that the big money was not in the individual
fluctuations but in the main movements — that is, not in reading the tape but in sizing up
the entire market and its trend.
Disregarding the big swing and trying to jump in and out was fatal to me. Nobody can
catch all the fluctuations.
In a bull market your game is to buy and hold until you believe
that the bull market is near its end. To do this you must study general conditions and not
tips or special factors affecting individual stocks.
G
eneral conditions (macro) continue to be — BY FAR — the biggest potential source for alpha
in trading.
PTJ pun kata dia ikut momentum cari pullback.
Attention seeker. Dalam trading bukan cara macam ni. Nak menang ego ke nak apa. Apa matlamat? Aku taip lagi sekali,
kita adalah apa yang kita baca, siapa yang kita ikuti, berguru dengan siapa, berkawan dengan siapa. Itu yang menjadikan diri kita.
Apa nak buktikan pada dunia buat style macam ni? Nak cepat? Nak tunjuk hebat? Kalau aku, aku tak hairan pun, at the end aku kena fikirkan diri aku dan family. Contoh lebih kurang perumpaannya, orang pakai Buggatti aku tak rasa apa pun. Takkan terkinja-kinja wuuuuu....hahaha
Kalau nak cepat tu, tak perlu.
Jalan yang susah itulah yang kekal. Faham-faham la yek. Contoh macam jalan senang, dulu sekolah ponteng, malas belajar, lepas tu habis sekolah kerja biasa-biasa je. Bila kurang itu ini, salahkan semua orang, salah kerajaan, dia tak salah. Dalam market dia tak salah, broker salah, ini salah itu salah. Dia tak salah. Berbanding yang belajar sungguh-sungguh, dari kecil sampai besar. Ada rezeki jadi doktor ke engineer ke gaji belas puluh ribu. Trading ke dunia nyata ke sama je, kena ada common sense. Yang orang tu post trade dia takde common sense. Tapi ikutlah, hidup kita pilihan kita.