BTC USD 75,644.0 Gold USD 4,289.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diskaun Tol 50% Akan Di Laksanakan Bagi Semua Musim Perayaan Tahun Ini

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus akan dilaksanakan bagi musim perayaan utama termasuk Aidilfitri pada tahun ini menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Ia dijadikan mekanisme baharu untuk menggantikan dasar pemberian tol percuma yang diamalkan sebelum ini. Selain itu, pelaksanaan itu juga dapat mengurangkan beban belanjawan kerajaan kepada RM80 juta setahun berbanding RM180 juta sekiranya pemberian tol percuma.

Plaza-Tol-WCE-950x535.jpg.webp


Sebelum ini, kerajaan bersetuju memberi potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Tahun Baharu Cina. Ia telah dilaksanakan bermula pukul 12.01 tengah malam 27 Januari dan berakhir pukul 11.59 malam 28 Januari bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja.​
 
Back
Top
Log in Register