BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diskaun Saman JPJ 50% (Flat Rate RM150) Hingga 31 Disember 2025

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
1761384001390.png

Pihak JPJ telah mengumumkan Tawaran Kompaun Khas Kadar Rata (Flate Rate)RM150 kepada notis-notis saman JPJ yang terpilih sehingga 31 Disember 2025. Perincian Inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flate Rate) adalah seperti berikut;

Hanya tiga (3) notis saman JPJ akan diberikan dengan kadar rata (flate rate) RM150:

i. Saman AwAS (Saman 53A) – Oktober 2018 sehingga kini;
ii. Notis 114 (Notis Panggilan Temu Siasat) – Tahun 2024 dan ke bawah;
iii. Notis 115 / Notis JPJ (P 23) (Permintaan Butir-Butir Pemandu) – Tahun 2024 dan ke bawah.

Tindakan disenarai hitam secara automatik melalui sistem JPJ selepas 1 Julai 2025. Oleh itu, orang awam disarankan untuk menyelesaikan notis-notis saman JPJ yang disenaraikan dalam tempoh tawaran berkenaan dan kegagalan mengambil peluang ini akan mengakibatkan berlaku sekatan urus niaga selepas tempoh tawaran pembayaran khas kompaun ini berakhir. JPJ Malaysia sentiasa komited dan berusaha memastikan ekosistem penyampaian perkhidmatan JPJ berlandaskan kepada kesejahteraan dan kelestarian rakyat.
Sebarang pertanyaan hubungi : 03-27242522

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://public.jpj.gov.my/ atau talian hotline JPJ di 03 8000 8000.​
 
Saman Memandu Laju Paling Tinggi Di Bayar

30.12.2025 - Memandu melebihi had laju antara saman bagi kesalahan trafik paling tinggi dibayar orang awam sepanjang pelaksanaan tawaran diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 2025 di Selangor. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor, Azrin Borhan berkata, kesalahan itu direkodkan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

"Kesalahan ini menyumbang jumlah terbesar saman yang diselesaikan sepanjang tempoh tawaran. Sejak tawaran diskaun saman 50 peratus diberikan, sebanyak 90,847 saman telah diselesaikan oleh JPJ Negeri Selangor bermula 1 November 2025 hingga kini," katanya ketika ditemui di Pejabat JPJ Selangor, Padang Jawa di sini pada Selasa.

Katanya, sambutan orang awam terhadap tawaran diskaun itu amat menggalakkan, sekali gus menunjukkan komitmen untuk menjelaskan tunggakan saman yang tertunggak.

"Bagi memastikan urusan pembayaran berjalan lancar dan teratur, JPJ Selangor mengambil beberapa inisiatif termasuk menambah bilangan kaunter pembayaran saman serta membuka kaunter JPJ Mobile. Langkah ini bertujuan memudahkan orang ramai menyelesaikan saman dengan lebih cepat dan efisien, khususnya di lokasi-lokasi tumpuan,” katanya.

Menurutnya, pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemah demi keselamatan diri serta pengguna lain.

"Dengan mematuhi undang-undang dan mengamalkan pemanduan berhemah, orang awam bukan sahaja dapat mengelakkan saman. Sikap ini juga membantu mewujudkan suasana jalan raya yang lebih selamat,” katanya.

Beliau turut menyeru pengguna jalan raya agar menjadikan tawaran diskaun saman ini sebagai peringatan untuk lebih berdisiplin di jalan raya dan tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.
1767102936004.png
 
JPJ Kelantan Kutip Lebih RM9 Juta Kompaun Tahun Lalu

01.01.2026 - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan sebanyak 116,183 notis termasuk 94,447 saman sepanjang tahun 2025. Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, notis berkenaan dikeluarkan menerusi pelbagai operasi penguatkuasaan. Katanya, sebanyak 5,675 notis Arah Periksa dikeluarkan mengikut Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987; 2,801 notis panggilan temusiasat di bawah Seksyen 114 APJ 1987; 671 notis kemuka butiran pemandu mengikut Seksyen 115 APJ 1987 serta 12,589 notis kesalahan lain serta 491 kenderaan disita.

"Kutipan kompaun direkodkan lebih RM9 juta bagi tempoh Januari hingga November lalu, iaitu peningkatan lebih RM520,000 berbanding tempoh sama 2024 yang merekodkan kutipan lebih RM8.5 juta. Secara keseluruhan sebanyak 200,076 kenderaan diperiksa dan 58,541 kenderaan diambil tindakan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, bagi tindakan pendakwaan, sebanyak 32,455 kes dibawa ke mahkamah iaitu 32,423 kes membabitkan kesalahan di bawah APJ 1987 dengan kutipan lebih RM2.4 juta, manakala 32 kes mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dengan hasil RM56,500. Katanya, peningkatan itu antara lain dipengaruhi oleh pelaksanaan pengurangan kadar kompaun sebanyak 50 peratus serta Program Budi MADANI RON95 yang diperkenalkan oleh kerajaan.

"Operasi penguatkuasaan dijalankan bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap optimum, seterusnya meningkatkan keselamatan jalan raya di negeri ini. Bagaimanapun, JPJ Kelantan berpandangan tahap kesedaran dan pematuhan pengguna jalan raya masih perlu dipertingkatkan secara berterusan," katanya.

Menurutnya, JPJ Kelantan ingin menegaskan bahawa pelaksanaan penguatkuasaan bukan bertujuan untuk menghukum semata-mata, sebaliknya lebih menjurus kepada usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya demi keselamatan semua.

"Usaha ini selari dengan sasaran JPJ untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang 2030," katanya.
1767278374614.png
 
Back
Top
Log in Register