ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Shamsul Amree (tengah) bersama Pengurus Kanan, Pemasaran Domino Pizza Malaysia dan Singapura Hasfahlinda Hassan (dua, kiri), semasa pelancaran tawaran diskaun 30 peratus Domino’s Pizza di Shah Alam.
PASARAN piza akan terus mendapat permintaan dan sambutan tahun ini walaupun keadaan ekonomi dijangka mencabar.
Pengurus Besar Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Ab Rahman berkata, ia berikutan pasarannya yang belum matang.
“Perniagaan piza dalam Malaysia masih boleh dikatakan tidak terlalu baharu dan lama jadi permintaan dari penggemarnya akan sentiasa ada malah bertambah,” katanya selepas melancarkan Promosi Tawaran Diskaun 30 peratus Domino’s Pizza.
Menurutnya, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga tidak akan beri kesan kepada pelanggan memandangkan Domino’s Pizza sekarang menggunakan cukai jualan , cuma akan ditukar kepada GST apabila ia dilaksanakan April ini pada kadar sama 6 peratus.
Sementara itu, promosi tawaran diskaun 30 peratus Domino’s Pizza diperkenalkan bagi mengurangkan beban pelanggan akibat kenaikan kos sara hidup.
“Promosi ini membolehkan pelanggan menikmati potongan 30 peratus bagi pembelian menu ala carte termasuk ‘Domino’s piping hot pizzas', pencuci mulut dan minuman. Tawaran hingga 1 Mac ini ,"katanya.