BTC USD 80,465.2 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Disimbah cat kali kedua

black_world

Junior Member
Messages
99
Joined
Jul 3, 2009
Messages
99
Reaction score
1
Points
11
BUTTERWORTH: Selang enam hari selepas Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh di Taman Dedap dekat sini disimbah dengan cat merah, hari ini kejadian itu berulang lagi.

Kali ini bukan sekadar bahagian depan rumah kedai dua tingkat berkenaan yang disimbah cat mereka, malah terdapat juga lukisan berbentuk lambang dacing beserta tulisan Cina yang dikatakan nama seorang Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan menggunakan pula cat berwarna biru pada pintu pusat terbabit.

Phee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Negeri menyifatkan kejadian kali kedua itu berupa ugutan jenayah bagi dirinya dan meminta polis segera menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian berkenaan.

Ketika bercakap pada sidang akhbar di pusat berkenaan hari ini, katanya, beliau mendapat maklumat daripada orang ramai sekitar 7.30 pagi ini mengenai perkara itu dan segera mengarahkan pembantunya untuk membuat tinjaun. - Bernama

"Berdasarkan keadaan cat yang masih belum kering, kejadian ini dipercayai

dilakukan antara pukul 5 dan 6 pagi. Kali pertama kejadian berlaku ialah pada 8

Julai lalu dan saya rasa orang yang melakukan perbuatan itu hanya mahu

melepaskan kemarahannya sahaja, Tetapi apabila ia berlaku sekali lagi hari ini,

saya anggap ini ugutan jenayah untuk saya," katanya.
 
Ada yang tak puas hati ler tu #:-S
 
Along la tu...pada owner rumah yg cat dah tak berapa nak elok tu..gi la pinjam duit ngan along...untung2 nnti dia datang cat rumah...
 
Along la tu...pada owner rumah yg cat dah tak berapa nak elok tu..gi la pinjam duit ngan along...untung2 nnti dia datang cat rumah...

Jimat jimat :))
 
Cat ugutan / amaran tu ok lagi..klau dia bakar keta ke hapa ke lagi naya
 
Back
Top
Log in Register