balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Md Sohaimi (dua, kiri) bertanya khabar Zurina yang terlantar di atas katil selepas diserang strok tiga minggu lalu.
< 1 / 1 >
KUANTAN – Kegembiraan sepasang suami isteri menyambut kelahiran anak ketiga hanya seketika apabila si ibu diserang strok selepas dua minggu melahirkan anaknya.
Wan Hanazeli Wan Mustafa, 42 berkata, isterinya Zurina Ali, 40 tiba-tiba rebah di dalam bilik yang menyebabkan anggota badan sebelah kiri tidak dapat bergerak.
Menurutnya, selepas melahirkan anak pada 5 Disember lalu, keadaan isterinya normal dan menjalani tempoh berpantang seperti biasa.
“Anak saya lahir tidak cukup bulan, usia kandungan 32 minggu, isteri saya dinasihatkan untuk bersalin segera kerana berat bayi statik.
“Oleh itu, dia melahirkan anak kami secara pembedahan dan seterusnya anak ditempatkan di unit rawatan rapi kanak-kanak (NICU) untuk pemerhatian doktor dan pakar,” katanya.
Disebabkan keadaan anak yang tidak stabil, Zurina terpaksa ‘berpisah’ dengan anaknya.
Wan Hanazeli berkata, sepanjang tempoh ‘berpisah’ itu, jururawat sentiasa memantau keadaan tekanan darah Zurina.
Bagaimanapun, pada 18 Disember lalu, tekanan darah isterinya naik mendadak menyebabkan Zurina pengsan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selama dua hari.
“Selepas dia sedar, anggota badan sebelah kiri tidak dapat bergerak dan tidak mampu bercakap. Tetapi dia masih kenal dan memberi respons positif terhadap percakapan orang di sekelilingnya dengan menulis atas kertas.
“Kini anak saya di NICU telah menunjukkan perkembangan yang baik dan itu mungkin boleh menjadi inspirasi kepada isteri untuk cepat sembuh,” katanya yang kini terpaksa menguruskan isteri dan dua lagi anak mereka sendirian.
Wan Hanazeli yang bekerja sendiri terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada ketiga-tiga anak mereka dengan jadual harian yang bermula seawal lima pagi.
“Saya reda dengan keadaan yang berlaku kepada isteri dan bayi perempuan saya itu. Bagaimanapun menaruh harapan besar untuk kedua-dua mereka sihat dan kami menjalani kehidupan seperti sedia kala.
“Kedua-dua mereka mempunyai semangat yang kuat untuk sihat dan saya yakin, tidak lama lagi mereka akan sembuh,” katanya.
Nasib Zurina mendapat perhatian daripada Adun Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah di rumah mertuanya di Felda Bukit Goh, di sini.
Md Sohaimi turut menyampaikan bantuan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan Zurina yang kini dalam tempoh rawatan fisoterapi dan alternatif.