strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
Labis
Seorang wanita bukan saja ditumbuk di muka, malah turut disebat dengan besi kepala tali pinggang oleh menantunya yang naik berang selepas dia cuba menyelamatkan anak perempuannya yang mengandung lima bulan itu daripada terus menjadi mangsa belasahan lelaki itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi kelmarin di sebuah rumah di taman perumahan di sini, apabila wanita berusia 57 tahun itu mahu mengambil anak perempuannya yang berusia 30 tahun itu selepas mengadu sering dipukul suaminya.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, anak mangsa mendakwa sering dibelasah oleh suaminya iaitu seorang pemandu lori berusia 31 tahun yang panas baran hanya kerana perkara dan kesilapan remeh.
Katanya, berikutan itu, wanita berkenaan ke rumah anaknya dengan hasrat mahu mengambil anak dan dua cucunya yang masih kecil kerana bimbang mereka menjadi mangsa kekasaran menantunya.
Bagaimanapun, katanya, ketika mahu beredar dari rumah berkenaan, menantu wanita itu muncul dan mempersoalkan tindakan membawa isteri dan anak-anaknya keluar dari rumah.
“Lelaki itu menumbuk muka dan memukul badan wanita itu dengan besi kepala pinggang yang dipakainya menyebabkan mangsa cedera.
“Mangsa kemudian berjaya beredar dari situ kerana bimbangkan suspek turut mengasari anak dan cucu-cucunya, wanita berkenaan terus membuat laporan di balai polis berdekatan tidak lama kemudian,” katanya.
Mohd Kamil berkata, kira-kira jam 2 pagi beberapa anggota polis datang ke rumah suspek dan menahannya bagi membantu siasatan lanjut serta merampas tali pinggang yang digunakan untuk memukul ibu mentuanya itu.
Katanya, berdasarkan keterangan isterinya, lelaki berkenaan sering bertindak kasar termasuk pernah memukul perutnya yang mengandungkan anak ketiga atas perkara yang remeh.
“Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 337, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan kekerasan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/node/7946