BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Disamun kenalan laman sosial

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
AMPANG: Kegembiraan pelajar lelaki bertemu dengan rakan baru dikenali melalui laman sosial membawa padah apabila dia disamun kenalannya itu, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, mangsa yang juga pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu bukan saja disamun, malah diugut lelaki terbabit untuk mendedahkan perbuatan mangsa yang sanggup keluar hingga awal pagi kepada keluarga dan pengurusan IPTA sekiranya melaporkan dia disamun.


Menurut sumber, dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa kerugian hampir RM500 selepas dompetnya diambil lelaki terbabit ketika mahu menghantarnya pulang.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa berusia 23 tahun berkenalan dengan seorang lelaki berusia 20-an melalui laman sosial dua minggu lalu sebelum sepakat berjumpa dan mengenali diri masing-masing.


“Selepas pertemuan diatur, lelaki terbabit dikatakan menawarkan diri untuk mengambil mangsa di kolej penginapannya pada malam itu (malam kejadian).


“Lelaki itu menaiki sebuah kereta menjemput mangsa. Mereka kemudian pergi makan malam bersama di sebuah restoran di Hulu Klang, sebelum dibawa bersiar-siar di kawasan berhampiran,” katanya.


Menurutnya, selesai bersiar-siar dan dalam perjalanan pulang ke kampus, secara tiba-tiba lelaki terbabit memberhentikan kenderaannya di sebuah kawasan gelap sebelum mengarahkan mangsa menyerahkan telefon bimbit dan dompetnya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Disamunkenalanlamansosial/Article/index_html
 
adakah kenalan itu hadek2?
oh tidak
 
aik.. lelaki.. dating dgn kenalan lelaki.. kluar malam2.. fenin ni...~X(~X(
 
aduh.....hantu punya berita...buwekkk....
 
Back
Top
Log in Register