BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dipukau pasangan Arab

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Imej pasangan Arab berkenaan berjaya dirakam CCTV yang terdapat di kedai mangsa di Pekan Kota, kelmarin
< 1 / 2 >
REMBAU – Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM300 selepas dia dipukau oleh pasangan Arab di premis perniagaannya di Pekan Kota, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, mangsa, Chew Yin, 39, berada seorang diri di dalam kedai dan didatangi pasangan Arab yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Camry yang ingin membeli air minuman di kedainya.

Suami mangsa, Tee Ah Beng, 50, berkata, isterinya itu pada mulanya menyedari pasangan Arab berkenaan membelek-belek air dan makanan di dalam kedai, namun mula tidak sedarkan diri selepas salah seorang pasangan
berkenaan menyerahkan RM4 dan berbual dengannya.

Menurutnya, pasangan Arab berkenaan seolah-olah bercakap sesuatu dengan isterinya sewaktu dia ingin memulangkan wang baki.

"Bermula dari situ, isteri saya dipukau dan apabila sedar, wang tunai jualan berjumlah lebih RM300 sudah lesap.

"Pasangan Arab ini hanya mengambil wang sahaja dan imej mereka berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian dan kes pukau berkenaan kini disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.



sumber:www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/dipukau-pasangan-arab-1.194831
 
rasanya ex-bos aku pernah kene dengan diaroang ni. Tektik diaorang buat konon nya nak tukar duit. Bos aku kene kat rnr Sungai Buluh.
 
nampak kenalah lebih hati2 dgn dia orang ni....takut terkena ilmu pukau.
 
Pergh...Arab pun skang xboelh leka...kuar uma kena baca Ayat Kursi Skang ni..:-?
 
Non muslim pn boleh kene pukau. Aku ingat org Islam je kene pukau
 
Org melayu kena beli ebook kat siggy aku ada teknik mengelak ilmu pukau. Hihihi.
 
Non muslim pn boleh kene pukau. Aku ingat org Islam je kene pukau

Sebenarnya diaorg hanya alihkan tumpuan, xperlu jampi2 pun. Macam org buat silap mata magic tu.
 
Sebenarnya diaorg hanya alihkan tumpuan, xperlu jampi2 pun. Macam org buat silap mata magic tu.

klo bkn pukau xdela tumpuan tganggu smpai rm4 pulang balance duit syiling je tp bg rm300 terus kot
 
Back
Top
Log in Register