eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SEREMBAN – :Seramai 35 pemandu teksi bandar yang bernaung di bawah satu persatuan di sini melancarkan mogok berikutan tidak berpuas hati dengan pengurusan persatuan terbabit.
:Mereka yang menyertai persatuan semenjak ditubuhkan awal tahun lalu memprotes kerana enam ahli didakwa dipecat gara-gara mempersoalkan penyata kewangan persatuan 2008 serta meminta mesyuarat agung khas diadakan.
:Kesemua pemandu berkenaan berpendapat, tindakan pemecatan ahli itu keterlaluan, sedangkan berhak bersuara dan menyebabkan mereka sepakat untuk melancarkan mogok, semalam.
ifahamkan, sebelum ini mereka turut menyerahkan memorandum bertulis yang mencatatkan satu perlima daripada ahli mahukan supaya mesyuarat agung khas diadakan.
:Ahli dipecat, Muhammad Azfar Shan Abdullah 30, mendakwa, pemecatan itu tidak adil kerana membelakangkan undang-undang dan gagal membela nasib pemandu teksi.
:“Sebenarnya masalah ini kecil saja. Ahli mahu pihak pengurusan mengemukakan penyata kewangan, tetapi mereka tidak mampu untuk berbuat demikian.
:“Sepatutnya setiap enam bulan pihak pengurusan perlu membentangkan penyata kira-kira kepada ahli, tetapi ia tidak dilakukan sebaliknya memecat kami. Mereka juga tidak kisah sekiranya hilang ahli kerana mereka percaya mampu untuk memperoleh ahli baru,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Bahagian Audit persatuan itu.
:Katanya, persatuan itu kini dianggotai 60 pemandu teksi bandar.
:Razali Omar, 57, mendakwa, pemecatan itu membuktikan pengurusan cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan ahli.
:“Ia seolah-olah pihak pengurusan persatuan cuba berselindung sesuatu daripada kami apabila juruaudit mempersoalkan hal itu,” katanya.
:Ahli tidak dipecat, R Periasamy, 48, beranggapan tindakan memecat hukuman kurang wajar dan sepatutnya menyelesaikannya di meja perundingan.
:“Sepatutnya kedua-dua belah (persatuan dan ahli) berbincang dan nyatakan sebab tanpa membangkitkan persoalan kepada ahli persatuan. Sekiranya tindakan sedemikian dilakukan, pastinya masalah ini tidak akan berlanjutan seperti ini,” katanya.
:Sementara itu, Timbalan Pengerusi persatuan, Nordin Bohari berkata, apa yang berlaku disebabkan salah faham sehingga menyebabkan pemandu bertindak melulu.
:“Kita sudah pun menyelesaikannya dengan bersemuka ahli persatuan. Pihak pengurusan tidak mahu perkara ini berpanjangan,” katanya ketika dihubungi.
:Beliau berkata, tindakan memecat ahli terbabit adalah disebabkan masalah dalaman, bagaimanapun ia sudah selesai dan tidak perlu diperbesarkan.
:Malah, katanya, pemandu teksi terbabit menjalankan operasi mereka seperti sedia kala sejak petang semalam.