BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dimana ye bole check kesuburan sperna suami

ada sebarang pandangan

ada sebarang pandangan tak untuk mendapat anak ...

masalah kami disini ialah sperm yang takda kualiti ...hanya 1-2%
manakala wife 1% ..

ada juga mengambil produk produk herba tapi langsung takda perubahan.

selain itu kami giat mengambil ulam ulam kampung sebagai makanan harian.
 
Kawan tok pun sama.. Tak lain tak bukan memang kena kaedah hospital.. Kos antara 10 ke 30k utk mendapat seorang anak..

Kalau nak cara suplement boleh guna produk tok

Bioever utk lelaki maharani utk pompuan... Tapi klu kes seperti tt kebolehjadian hannyalah 5%.. Apa apa pun itu semua kuasa Allah
 
Last edited:
perlu makan makanan untuk menghasilkan sperma yang bagus...
 
apa history TT? smoker? background? usia? ada masalah kesihatan? pemakanan mcm mana? tak suka sayur? tak suka daging? tak suka buah? wife pula? kdg2 kita tanya perkara yg kita sendiri tau puncanya. supplement mmg ada tp tak taulah keberkesanan setiap individu. bole usaha mkn.

Saya tertarik untuk berkongsi tulisan Dr Ismail Thamby, yang disiarkan di dalam akhbar Metro Ahad bertarikh 18 Mei 2014. Artikel tersebut ialah mengenai makanan dan minuman yang dapat meningkatkan kuantiti air mani.

Saya amat berharap agar perkongsian ini tidak dianggap sebagai lucah, dan anggaplah ia sebagai ilmu untuk manfaat bersama. Apatah lagi di luar sana masih berlambak pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga tapi masih gagal menimang cahaya mata.

Berikut adalah antara makanan yang perlu diamalkan untuk menambah kuantiti dan kualiti air mani, baik untuk lelaki muda mahpun yang telah berumur.

1. Air.

Air sangat mustahak kerana ia mempengaruhi isi padu air mani. Perlu minum air yang cukup sekurang-kurangnya empat liter sehari.

Perlu diketahui, Lelaki menghasilkan antara dua hingga enam milliliter(ml) air mani setiap kali pancut. Jika pancutan lebih kerap, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak setengah ml atau hanya beberapa titik.

2. Daging Merah, Ayam dan Ikan Tuna.

Ia membekalkan pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Makanan ini mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma. Tiram dan Makanan Laut. Makanan ini mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma.

3. Kekacang.

Bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.

4. Bijiran seperti Oat dan Granola, Buah-buahan Citrus, Bayam, Brokoli, Bendi dan Asparagus.

Elok dimakan kerana mengandungi asid folik

5. Buah Nangka dan Betik.

Mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan.

6. Herba Akar Tongkat Ali

Teruji secara saintifik oleh pakar tempatan bertujuan menambah isi padu air mani.
 
Tuan boleh buat IUI.
Kat govt ada, private pun ada.
Yg best buat IUI, high chance dpt kembar or triplet
 
tapi kalau tuan perokok tegar
ia sedikit mempengaruhi
 
Lg satu..cuba tgk diri sndrik..kkdang ada sbb mengapa tuhan xkurniakan kite ank, mgkn sbb kite blom bersedia...
 
makan bawang byk sikit

hari2 buat menu telur goreng+bilis+bawang lebih+cili padi+kicap tu. sedap pun sedap

amalkan. tgk nnt kua die banyak+pekat

buat jgn xbuat
 
pnh baca artikel, mkn byk bawang, supaya air mani pekat..dan rasanya ade btul jugak..
 
Back
Top
Log in Register