BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dilema tukar jantina

ckama33

Active+ Member
Messages
3,949
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,949
Reaction score
158
Points
43
MAAF, TERSALAH POST :) Nih pembetulan dia.

AKHIRNYA selepas dua jam menjalani pembedahan, penantian Punlop Thongchai untuk merealisasikan impiannya sewaktu kecil tercapai jua.

Kini, dia sudah boleh digelar wanita 'sejati' apabila pembedahan menukar jantina yang dilakukan di sebuah klinik di Bangkok berjalan lancar.

Penari kabaret berusia 27 tahun itu sempat bersembang dengan jururawat sepanjang menjalani pembedahan yang hanya melibatkan pemberian ubat pelali di bahagian alat sulitnya sahaja.

Membesar di Thailand, iaitu salah sebuah daripada negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia dalam kes transgender serta mempunyai teknik pantas mengubah jantina, semangat Punlop sentiasa berkobar-kobar. Dengan kos serendah AS$2,000 (RM6,743), Punlop kini bergelar wanita.

Bagaimanapun, keputusan kerajaan mengetatkan prosedur menukar jantina seperti membuktikan keadaan psikologi individu tersebut kuat ke arah wanita sebelum dibenarkan berbuat demikian menyukarkan individu seperti Punlop.

Ini kerana baru-baru ini, kerajaan memutuskan sesiapa yang mahu menukar jantina di Thailand mesti hidup sebagai wanita sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri.

Namun, Punlop menegaskan permintaan itu amat melampau dan terlalu sukar untuk dipenuhi.

"Sebenarnya ia tidak perlu. Saya benar-benar tidak mahu melalui proses tersebut, jadi saya membuat keputusan untuk menjalani pembedahan sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan," katanya kepada AFP sebelum melakukan pembedahan pada awal November lalu.

Perubahan jantina diharamkan sepenuhnya di Thailand sebelum seseorang itu berusia 18 tahun dan bagi lelaki, mereka mestilah berusia di antara 18 hingga 20 tahun, selain mendapat persetujuan daripada ibu bapa.

Aktivis gay Thailand, Nathee Teerarojanapong berkata, perlindungan undang-undang secara sah amat penting untuk mengawal kes pertukaran jantina secara meluas di mana kemudian hari ia sering kali dikesali oleh mereka yang terlibat.

"Saya mendapat banyak panggilan di mana mereka mengakui kesilapan yang dilakukan kerana menjalani pembedahan menukar jantina.

"Ia satu kesilapan besar dan mereka mahu kembali seperti sediakala tetapi perkara ini sudah tidak boleh diubah. Mustahil untuk mereka kembali menjadi lelaki sejati," tegasnya.
 
Last edited:
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,’Tuan Guru, sepanjang hidup
saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?’


Sang Guru menjawab sederhana, ‘Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.’ Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


Aku tak paham....kenapa tajuknya begitu... Dilema tukar jantina

:-?:-?:-?:-?
 
aik, apasal tk tally dgn title thread ni:-?
 
Back
Top
Log in Register