BTC USD 81,115.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dilema Proton

aku tgk mcm lain je bro..hehehehehe..bdk2 proton ckp arge saga blm

naik tp xtau bile la..aku dlm waiting list nih..harap2 bole la pkai

sebelum raya..ekekekekekekek

ye harga 2 mmg kena naik pasal nak kena kasi budak proton rajin sikit dan agar bnyak tak lari krn gaji kurang.lpas nie bebudak proton kena sebatlah utk buat mpv baru 2.
 
sape2 nk bli blm tu cpt2 la skit je..gosip2 liar yg aku dgn blan 10

ni kot..aku dgr2 gosip je..dgr bole pecaye jgn..
 
ye harga 2 mmg kena naik pasal nak kena kasi budak proton rajin sikit dan agar bnyak tak lari krn gaji kurang.lpas nie bebudak proton kena sebatlah utk buat mpv baru 2.

ko keja proton ke kwn?
 
2 tahun dululah.keja masuk time bolan posa.mmg haus gila masa 2.ialh keja guna welding nak buat pintu.keja hanyalah 5 bulan aje.
bila time syif malam lagilah lajukan line.cilaka btul.itu sbb bnyak keta tak ok.
 
ooooo yeke..aku keja hicom engineering dlu..aku bagi disc brek dgn

drum brek dkt kilang ko..ekekekekekekek
 
ko kasi klng tanjumg malim jugak ke?
 
xsilap aku bagi..hicom supply perodua jugak..mmbr aku tau la sbb

dia handle bab ni..aku handle pekerje je..indon,pakistan,hindustan

go head go stan..
 
Aku keje Siemens VDO dulu...buat meter :D.
ECU, Wiper system, Immobilizer, throtle body, sensor, Alarm, Ignition Coil, semua tu pun supply kat Proton jugak..:D
 
"Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun
nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja..."

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja... buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara... berapa banyak kaki tangan Proton... 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton...100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu.
Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota , nissan, honda? 0... Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia . Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena
tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia ... harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan
bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu
dengannya.

Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar
kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect
industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah
yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni.
Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar
barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan
sendiri. Saya ambil contoh... Thailand membuka pintu
mereka untuk industri automotif... tapi ada syarat.
Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export
keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya.
Korea... cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana.
Nak cari kereta yang bukan dari Korea ...susah.
Sebabnya...

1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import... Lembaga Cukai mereka
akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
tentu banyak duit.

Jepun... Semasa mereka belajar membuat kereta hampir
80 tahun dulu... nak naik bukit pun boleh undur (baca
sejarah toyota ), tapi rakyat mereka tetap bangga dan
tetap membeli. Cuba kat Malaysia .... Kutuk lagi ada.

Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara
bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The
more people buy, the cheaper things can be. Economic
of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost
pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik
kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik
modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi
mahal... tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau
kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita
nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea
mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap
ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini
industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat
plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini
kereta. So yang mengutuk tu... fikir. Lagi banyak kita
jual, lagi murah kita boleh jual... lagi banyak duit,
lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap
test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan
wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh
dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join
ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna
euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa
akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP
keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi
rakan teknikal memang agak sukar.

Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat

upp balik..takut ada yang terlupa dengan kisah Proton...tapi kalo betullah..memang kita rakyat malaysia perlu bersatu hati untuk support barangan kita...
 
ko nie dealer ke?bro marvelous.
 
Back
Top
Log in Register