BTC USD 83,952.1 Gold USD 4,290.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dilema peniaga online di FB

Assalamualaikum,

Rata2 peniaga online ni mesti ada fanpage sendiri kan? Sejak kebelakangan ni saya tengok ramai pemilik butik mengeluh dan kecewa dengan fb sebab setiap status yang di update tak banyak yang terima notification. Nak kena boost post baru nampak naik la juga total view setiap post. Dulu fb tak macam ni. Cekik darah juga la fb ni #:-S

Dah la nak bayar iklan fb ads, lepas tu setiap post pun kena bayar juga. Pendek kata fb sekarang ni semua duit duit dan duit je..ada yang mengalami kes yang sama? Sebab saya pun mengalaminya juga..total likers 6000+++ tapi setiap kali update status atau produk baru, tak sampai 10% pun yang view..sudahnya sekarang saya beralih ke personal acc fb then tag customer..lagi berbaloi dari fb page tu sendiri

saya rasa itu tidak menjadi masalah, saya bermula tahun lepas, cuma tak bearpa aktif, saya bermula dengan menjual tudung2 yang dijahit isteri, selepas setahun, saya ingin serius dalam perniagaan ini selepas melihat butik2 terkenal di fb seperti minaz boutique, minimouse, buttonmybuttons dan sebagainya,

saya melihat fb ads yang terbaik, jadi dengan mengunakan RM1500, RM750 untuk buat jubah moden, RM750 lagi untuk promosi fb, dan saya bermula 2 minggu sebelum raya tahun ini, dan selepas 2 bulan, hasilnya

dari masa ke semasa

olli_zpscb923f62.png
[/URL][/IMG]

ajar_zpsc2c017d5.png
[/URL][/IMG]

oll_zps97cf9ed6.png
[/URL][/IMG]

saya bermula dengan rm64 sehari iklan di fb dan sekarang, saya mengunakan rm200 sehari untuk iklankan produk saya di fb, dengan iklan rm200, dan untung saya dapat sehari sangat memuaskan. Modal saya dari RM1500 dalam masa 2 bulan berjaya digandakan melebihi 10X ganda.

jadi apa yang saya ingin tegaskan disini, awak kalau nak fokus dalam bidang jual baju dan melalui online,

1- awak kena ikut trend semasa, jangan asyik baju kurung , ada kenalan saya berhutang rm1 juta dengan syarikat di vietnam sebab baju kurung tak jalan. Ingat, baju kurung ni musim perayaan je gerak laju

2-promosi fb, kalau di page tu, letak cover page yang menarik, yang ada gambar baju cantik2, cuba awak buat 1 moden jubah, sebagai killer produk awak. Awak jenguk2 butik2 terkenal, kemudian kalau ada modal beli sample 1 , hantar ke tukang jahit, cuba jual, kalau dapat feedback yang memberangsangkan, repeat produk tu

3- jangan lupa promosi fb, belajar sikti2 macam mana fb ads bergerak, belajar cpc tu apa, cpm tu apa, target kita macam mana, umur target kita macam mana. Sebab di situ lubuk kita,

jadi apa yang saya ingin tegaskan di sini, kita sama2 buat bisnes, fb pun nak untung, kita pun nak untung. tapi kalau strategi kita tak kena, tak akan menjadi.
 
nk inbox customers mintak myr0.46 tak silap ,,,,hissshh
 
agree... FB sekarang tak macam dulu...tp saya tak terasa sgt sebab ada blog. mmg blog byk back up. just nak bagi pandangan - sepanjang 3 tahun buat biz ni, saya tak pernah tagging orang kecuali akaun personal sendiri, akaun suami, akaun kakak sendiri

utk tagging kawan2 dan customer2 is A BIG NO for me sbb sy rasa kurang selesa dgn kaedah tagging ni. sy kurang selesa jika orang tag saya so saya tak mahu orang rasa tak selesa dgn saya. so pada sy kurang2 kan lah tagging sbb bukan semua orang suka, end up nanti orang tekan button report lagi haru kita dibuatnya
 
saya rasa itu tidak menjadi masalah, saya bermula tahun lepas, cuma tak bearpa aktif, saya bermula dengan menjual tudung2 yang dijahit isteri, selepas setahun, saya ingin serius dalam perniagaan ini selepas melihat butik2 terkenal di fb seperti minaz boutique, minimouse, buttonmybuttons dan sebagainya,

saya melihat fb ads yang terbaik, jadi dengan mengunakan RM1500, RM750 untuk buat jubah moden, RM750 lagi untuk promosi fb, dan saya bermula 2 minggu sebelum raya tahun ini, dan selepas 2 bulan, hasilnya

dari masa ke semasa

olli_zpscb923f62.png
[/URL][/IMG]

ajar_zpsc2c017d5.png
[/URL][/IMG]

oll_zps97cf9ed6.png
[/URL][/IMG]

saya bermula dengan rm64 sehari iklan di fb dan sekarang, saya mengunakan rm200 sehari untuk iklankan produk saya di fb, dengan iklan rm200, dan untung saya dapat sehari sangat memuaskan. Modal saya dari RM1500 dalam masa 2 bulan berjaya digandakan melebihi 10X ganda.

jadi apa yang saya ingin tegaskan disini, awak kalau nak fokus dalam bidang jual baju dan melalui online,

1- awak kena ikut trend semasa, jangan asyik baju kurung , ada kenalan saya berhutang rm1 juta dengan syarikat di vietnam sebab baju kurung tak jalan. Ingat, baju kurung ni musim perayaan je gerak laju

2-promosi fb, kalau di page tu, letak cover page yang menarik, yang ada gambar baju cantik2, cuba awak buat 1 moden jubah, sebagai killer produk awak. Awak jenguk2 butik2 terkenal, kemudian kalau ada modal beli sample 1 , hantar ke tukang jahit, cuba jual, kalau dapat feedback yang memberangsangkan, repeat produk tu

3- jangan lupa promosi fb, belajar sikti2 macam mana fb ads bergerak, belajar cpc tu apa, cpm tu apa, target kita macam mana, umur target kita macam mana. Sebab di situ lubuk kita,

jadi apa yang saya ingin tegaskan di sini, kita sama2 buat bisnes, fb pun nak untung, kita pun nak untung. tapi kalau strategi kita tak kena, tak akan menjadi.

Bos spend RM200 satu hari untuk iklan di FB ke bos..? otai nih.. tapi bos pnya otak memang bijak r bos.. salute.. !:)
 
mula2 spent rm63 saja tuan, lepas tu modal makin bertambah, tambah ke rm200, InsyAllah , lepas ni akan tambah ke rm300 sehari. :)
 
RM200 sehari tu, tiap2 hari or time org dapat gaji je? Saya baru nak start meniaga dekat FB ni.

P/S: sapa2 nak buat website sendiri, saya bleh kasi special rate, pm je - skyrocket
 
Back
Top
Log in Register