BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dilema peniaga online di FB

icarus

Fun Poster
Messages
609
Joined
Feb 25, 2010
Messages
609
Reaction score
1
Points
15
Assalamualaikum,

Rata2 peniaga online ni mesti ada fanpage sendiri kan? Sejak kebelakangan ni saya tengok ramai pemilik butik mengeluh dan kecewa dengan fb sebab setiap status yang di update tak banyak yang terima notification. Nak kena boost post baru nampak naik la juga total view setiap post. Dulu fb tak macam ni. Cekik darah juga la fb ni #:-S

Dah la nak bayar iklan fb ads, lepas tu setiap post pun kena bayar juga. Pendek kata fb sekarang ni semua duit duit dan duit je..ada yang mengalami kes yang sama? Sebab saya pun mengalaminya juga..total likers 6000+++ tapi setiap kali update status atau produk baru, tak sampai 10% pun yang view..sudahnya sekarang saya beralih ke personal acc fb then tag customer..lagi berbaloi dari fb page tu sendiri
 
biasa la tu bang fb pun miniaga juga, mana ada benda free dalam donia. dapat BR1M pun ada "harga" yg perlu di bayar hehe... tapi bagi saya fb page masih lagi terbaek, mcm org2 miniaga cakap, miniaga perlu kreatif, berdaya saing...

Ingat! miniaga perlu kreatif. on9 platform bukan tempat anda kalau merungut tu ada dalam kamus miniaga on9 anda. ;)
 
setiap peniagaan ada cabaran.
belajar untuk handle masalah...

10% tu dah tinggi dah.. saya dapat 1-2% jer.
guna boost. biasa saya boost dapat 4k view untuk rm10.
jumlah yg saya spend utk boost/fb ads ni kurang 10% dari untung kasar.

kena buat kira2lah supaya dapat bertahan... selepas ni, yang mampu bertahan saja akan guna fan page.

saya guna 2 akaun personal utk share post dari fanpage. saya tak guna function tag.

apa-apa pun kena kreatif.. cari yg cost effective..
 
tak silap aku tahun 2011 paling best. setiap kali post kat fan page, semua yang likers keluar di new feeds. masa tu jual di fb persaingan kurang, kos iklan murah, masyukkk. tapi sekarang semuanya duit duit duit.
 
bagus gak ada ruangan ni...harap ramai lagi sifu sudi kongsi ilmu percuma disini..
sekarang ramai dok jual ebook, rakaman video dan group berbayar tapi....harga yg terlalu mahar utk rakan2 yg baru nak belajar
 
fanpage sebagai medium marketing..untuk long term digalakkan ada web sendiri..sebab kita tak tau..Fanpage akan bertahan sampai bile..lepas ni mungkin orang beralih ke insta, pinterest..atau ape2 jek..

lain tuh..kalau kire dah takde bajet fb ads..leh pakai tag post Cam TT buat..sewa fanpage yang ramai like dan buat tag post..lagi jimat..
 
rakan seniaga saya buat post di facebook, mula-mula x ada sale.. selepas berjuang 1 tahun, sale start muncul perlahan=lahan... luar biasa .. alex
 
Back
Top
Log in Register