eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
RAWANG: “Bukan bergelar jutawan, tetapi lebih teruk daripada itu. Kami terpaksa mengutip dan menjual barangan lusuh untuk mencari rezeki harian. Nasib kami bagaikan menang sorak kampung tergadai,” kata seorang penduduk kampung Sungai Buaya di sini, Jamadi Mohammad, 64, kerana ditipu pemaju sejak 2001.
Menurutnya, ramai penduduk kampung hilang tanah yang dijual kepada pemaju dengan nilai lebih RM1 juta dan tidak mendapat pembelaan sepenuhnya.
“Sudah ramai generasi tua meninggal dunia. Malahan anak dan cucu kami turut menjadi mangsa keadaan kerana masih tidak mendapat wang pampasan jualan tanah untuk dimajukan menjadi taman perumahan di bandar ini.
“Kami dikaburi melalui beberapa kaedah perjanjian yang sebenarnya menguntungkan pemaju sehingga akhirnya menindas kami bekas peneroka.
“Menerusi perjanjian itu kami dijanjikan bayaran sehingga mencecah RM1 juta, namun sehingga kini bayaran itu belum dilunaskan sampai ada antara kami hidup dalam serba kekurangan.
“Lebih teruk ada bekas peneroka yang terpaksa membuat kerja kampung termasuk mengutip barang lusuh demi meneruskan hidup,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurutnya, daripada 363 peneroka yang menjual tanah kepada pemaju sejak 1994 lalu ramai yang belum mendapat wang bayaran sepenuhnya walaupun pelbagai cara dan kaedah rundingan diusahakan.
Jamadi menjual tanah seluas 3.5 hektar (sembilan ekar) dengan nilai keseluruhan RM1,098,798.37 juta. Setiap ekar dijual pada harga RM120,967.74.
Menurutnya, dia belum memperoleh sebarang bayaran baki jualan melebihi RM500,000 sejak Ogos 2001.
“Berdasarkan perjanjian ditetapkan pemaju berjanji membayar balik baki jualan itu kepada pemilik selepas 48 bulan dari tarikh bayaran pendahuluan pertama dibuat.
“Tetapi sehingga kini bayaran itu masih tidak dijelaskan dan kami rasa ini satu penindasan dan menganiaya terhadap penduduk yang juga bekas peneroka,” katanya.