eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA TERENGGANU 24 April - Segelintir kakitangan kerajaan Terengganu terutama wanita ditegur kerana mencari pendapatan sampingan termasuk menjual kain, pakaian serta barangan melalui katalog pada waktu pejabat.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong hari ini berkata, tindakan kakitangan terbabit menjalankan aktiviti itu pada waktu kerja menyalahi etika sebagai penjawat awam kerana ia boleh mengganggu perkhidmatan mereka.
Sehubungan itu, beliau mengeluarkan arahan kepada ketua jabatan serta pegawai di setiap daerah supaya memantau aktiviti tersebut agar tidak berleluasa.
"Kakitangan kerajaan negeri sepatutnya memberi tumpuan meningkatkan mutu perkhidmatan. Tetapi jika ada dalam kalangan mereka yang menjalankan aktiviti seumpama itu, sudah tentu tumpuan terhadap kerja akan terjejas.
"Malah, (misalnya) hubungan antara kakitangan juga boleh menjadi renggang kerana jika ada yang berhutang untuk membeli barang dan tidak membayarnya, ia akan menjejaskan mutu perhidmatan sesebuah jabatan atau agensi itu," katanya.
Mokhtar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-24 Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini.
Beliau berkata, kakitangan yang didapati menjalankan aktiviti berkenaan akan diberi amaran supaya menghentikan perbuatan itu dan jika mereka terus melakukan kerja tersebut, tindakan tatatertib akan diambil terhadapnya.
"Larangan ini adalah untuk memastikan mutu perkhidmatan kakitangan kerajaan negeri sentiasa berada dalam keadaan terbaik," katanya.
Mokhtar berkata beliau menyedari ada dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri yang menjalankan aktiviti itu tetapi setakat ini, beliau belum menerima sebarang aduan.
Arahan tersebut adalah yang terbaru dikeluarkan kerajaan Terengganu kerana pada pertengahan tahun lepas, kakitangan kerajaan negeri dilarang minum pagi dan petang di luar kawasan pejabat bagi mengelak mereka ponteng sewaktu bertugas.
- BERNAMA
YA KAK...MAI SINI KAK...KAIN KAK
YA KAK...MAI SINI KAK...TEBU KAK
KAIN KAK...TEBU KAK...KAIN KAK...TEBU KAK...KAIN KAK...TEBU KAK