BTC USD 81,318.7 Gold USD 4,167.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dikerkah 30 monyet

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle


ALOR GAJAH: “Saya hanya terbayangkan kematian selepas dikerumuni lebih 30 monyet yang menyerang dan menggigit ketika saya jatuh di atas tanah,” kata warga emas yang diserang haiwan itu ketika berusaha menyelamatkan cucunya di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa Zaiton Comel, 83, dikatakan pengsan beberapa minit selepas dikerumuni kumpulan monyet berkenaan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kejadian, warga emas itu menerima dua jahitan di mata kiri, tiga jahitan di atas bibir serta sembilan jahitan di bahagian bawah dagunya yang terkoyak sepanjang enam sentimeter selain terdapat beberapa kesan lebam dan calar di bahagian badan.

Menceritakan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu, Zaiton berkata, dia yang duduk di pangkin rumahnya tidak jauh dari kediaman seorang anaknya terdengar tangisan cucunya (Umi Amira Syikin Azman, 5) yang ketakutan selepas melihat kumpulan monyet cuba menceroboh masuk ke rumahnya.


“Mulanya saya sangka cucu menangis kerana kehabisan susu kerana ibu dan bapanya tiada di rumah, manakala abangnya pula bersekolah. Bagaimanapun dari jauh saya nampak beberapa monyet sedang berkeliaran di halaman dan ada yang cuba membuka tingkap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.



sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Dikerkah30monyet/Article
 
Anak umur 5 tahun dibiarkan duduk sorang-sorang kat rumah? Aduyai. Beruk ni memang macam tu. Aku dulu masa duduk kat kampung memang selamba aje dia buka tingkap nak ambik makanan kat dalam. Nasib baik cermin nako yang ada gril.
 
Anak umur 5 tahun dibiarkan duduk sorang-sorang kat rumah? Aduyai. Beruk ni memang macam tu. Aku dulu masa duduk kat kampung memang selamba aje dia buka tingkap nak ambik makanan kat dalam. Nasib baik cermin nako yang ada gril.

kat umah sedara aku, beruk rajin buka tudung saji, sebat sarapan.
ada 1 kes lawak, geng2 beruk ni masuk bilik air, mandi siap main sabun dan syampu... pandai plak dia
 
bahaya tol monyet2 skrg ni...
 
Monyet ini umpama UMNO yg dok curi wang rakyat..monyet UMNGOK!!
 
adik ambe kena tarik ngn kera ... mujur dok kena tarik masuk hutan ... kalu dok .. jadi anak angkat kera la jawabye adik ambe.
 
Back
Top
Log in Register