BTC USD 82,427.8 Gold USD 4,170.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dihempap tiang gol

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
Dihempap tiang gol
992873_10151591965363558_721521234_n.jpg

*5 *1 Google +0 *0 *0 Cetak
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Klang: Kegembiraan seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani bertukar tragedi apabila dia maut dihempap tiang gol besi sekolahnya, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Nguyen Chee Ming, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi, di sini, disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan mendapatkan rawatan kecemasan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa dikatakan bergayut pada tiang gol berkenaan.

Menurutnya, selepas beberapa ketika bergayut bersama rakannya, tiang gol besi itu tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa yang tersepit di bawahnya.


"Kejadian itu menyebabkan rakannya segera memaklumkan kepada guru bertugas sebelum mangsa dikejarkan ke HTAR untuk menerima rawatan kecemasan.


"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan di bahagian kanan kepala dan kes disiasat sebagai mati mengejut," katanya, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/14
*5 *1 Google +0 *0 *0
 
tgk design dh tau mudah tumbang...kalo bergayot lg laaa...
 
tiang gol gini kalo hempap kepala,
bocor weh..
 
tgk design dh tau mudah tumbang...kalo bergayot lg laaa...

patut dah diharamkan design sebegini serta merta
dan tarik balik serta merta dari semua padang seluruh negara
keselamatan pelajar lebih penting
 
teringat kes kek skola den dlu..taun 2000..alfatihah kek member den
 
Last edited:
ingat tumbang sendiri..tu sendiri salah..bersuka-suka sgt
 
rasa kes kedua nie...sbb ada pelajar melayu mati gak pasal tiang gol nie..
 
tiang gol ni xde hati perut.....patut bawak ke penjera xpun pun hukuman gantung ade ke patut budak tngkatan dua pon nak dihempap.
 
Back
Top
Log in Register