BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diesel bernilai RM554,000 dirampas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Anggota Unit Risikan Marin (URM) menunjukkan tangki minyak diesel yang dirampas dalam serbuan di Jalan Utama, Pending Industrial Estate, Kuching, Sarawak, semalam. IHSAN Pasukan Polis Marin​

KUCHING 30 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima berjaya merampas 80,000 liter diesel bernilai kira-kira RM554,000 di sebuah premis di Jalan Utama, Kawasan Perindustrian Pending di sini semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner N. Kalai Chelvan memberitahu, sepasukan anggota dari Unit Risikan Marin (URM) menyerbu premis terbabit pada pukul 4.15 petang selepas mendapat maklumat terdapat diesel disimpan secara tidak sah di situ.

“Dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis telah mengemukakan dokumen kebenaran menyimpan minyak berkenaan.

“Bagaimanapun, dokumen tersebut didapati telah tamat tempoh yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kalai Chelvan berkata, penjaga premis itu kemudian ditahan, manakala tiga lori, enam tangki minyak dan diesel yang ditemukan dirampas untuk siasatan.

Katanya, suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada pihak Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Cawangan Kuching untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, manakala laporan polis dibuat di Balai Polis Bintawa di sini.
 
Back
Top
Log in Register