ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUALA LUMPUR 8 Julai – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan meraba seorang jurujual dengan niat untuk mencabul kehormatannya, tiga hari lalu.
S. Joshua, 26, yang mempunyai tiga anak didakwa melakukan perbuatan itu terhadap wanita berusia 26 tahun itu di dalam pasar raya NSK berhampiran mesin pembayaran automatik, Brickfields di sini pada pukul 11.40 pagi, 5 Julai lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.
Majistret Saifulakmal Said membenarkan Joshua diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan semula kes.